Perkukuh NADMA, tingkatkan kecekapan pengurusan bencana

PUTRAJAYA – Cadangan untuk menubuhkan Majlis Pengurusan Bencana Negara wajar diperhalusi semula memandangkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sudah mempunyai mandat jelas dalam menangani bencana di seluruh negara.

Pemerhati keselamatan dan hubungan antarabangsa, Nur Ashikin Yusof berkata,
penubuhan agensi baharu mungkin dilihat sebagai penyelesaian segera, namun ia tidak menangani punca sebenar masalah.

Katanya, Malaysia  memerlukan sistem pengurusan bencana lebih strategik, responsif dan berdaya tahan yang boleh dicapai dengan memperkasakan NADMA, bukannya menambah birokrasi baharu yang berpotensi mengurangkan kecekapan.

“Tindakan menubuhkan entiti baru seringkali menyebabkan pertindihan tanggungjawab, kelewatan dalam membuat keputusan, dan kecenderungan untuk menuding jari apabila berlaku kegagalan pengurusan.

“Saya melihat bahawa masalah ini bukan kerana ketiadaan agensi, tetapi kerana sistem dan sumber sedia ada belum dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Sehubungan itu, Nur Ashikin berpandangan, tumpuan sewajarnya diberikan kepada usaha memperkukuh kapasiti NADMA melalui latihan berterusan, pembangunan modul pengurusan bencana yang lebih terkini serta pelaksanaan simulasi secara berkala bagi meningkatkan kecekapan dan ketangkasan pegawai di lapangan.

Nur Ashikin turut menegaskan kepentingan pendekatan berasaskan data dan penyelidikan mendalam, termasuk analisis risiko di samping corak ancaman semasa bagi membolehkan perancangan dan respons bencana dilaksanakan dengan lebih tepat serta berkesan.

“Dari perspektif pengurusan, menumpukan sumber kepada agensi sudah ada juga lebih menjimatkan kos. Penubuhan entiti baru bukan sahaja menelan belanja pentadbiran yang besar, tetapi berpotensi mewujudkan birokrasi berganda.

“Setiap ringgit rakyat yang dibelanjakan untuk agensi baharu sebenarnya boleh digunakan untuk memperkasa latihan pegawai, teknologi amaran awal, sistem komunikasi, dan peralatan pengurusan bencana, di mana secara langsung meningkatkan keberkesanan tindakan di lapangan,” katanya.

Dalam pada itu, Nur Ashikin memaklumkan, pengukuhan NADMA juga dapat memastikan kejelasan bidang kuasa, memperkemas koordinasi antara agensi serta mengurangkan risiko kelewatan dan kekeliruan ketika krisis.

“Inovasi seperti sistem maklumat geografi (GIS), pemantauan cuaca berteknologi tinggi, dan integrasi platform komunikasi pintar juga dapat dimanfaatkan dengan lebih efektif jika perhatian diberikan kepada penguatan institusi sedia ada,” katanya.

Pada Khamis, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan penubuhan Majlis Pengurusan Bencana Negara sebagai badan tertinggi menyelaras pengurusan bencana di negara ini.

Menurut beliau, ia membolehkan penyelarasan maklumat yang datang daripada satu sumber sahaja ketika berlaku krisis atau bencana bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai.

Ahmad Zahid turut mengarahkan NADMA menyediakan kertas Kabinet dalam tempoh sebulan untuk diedarkan kepada semua kementerian dan menteri bagi mendapatkan ulasan dan beliau sendiri akan membentangkannya kepada Kabinet.

Related Posts

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

KUALA LUMPUR –  Datuk Seri Jamil Khir Baharom didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyebabkan Lembaga Tabung Haji (TH) melupuskan aset bernilai lebih RM860.3 juta antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

PETALING JAYA – Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyokong gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya masyarakat antarabangsa mengambil tindakan tegas terhadap pendudukan haram Israel di wilayah Palestin.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Subsidi bersasar bukan menyusahkan rakyat, sebaliknya elak ketirisan wang negara

Subsidi bersasar bukan menyusahkan rakyat, sebaliknya elak ketirisan wang negara

Musketeers Football perkukuh ekosistem bola sepak akar umbi melalui inovasi

  • By Fandi
  • September 14, 2026
Musketeers Football perkukuh ekosistem bola sepak akar umbi melalui inovasi

YPM FC juara Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah

YPM FC juara Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah

Pelajar praktikal UiTM, wanita pemilik kolam ikan maut terkena renjatan elektrik

  • By Aden
  • September 14, 2026
Pelajar praktikal UiTM, wanita pemilik kolam ikan maut terkena renjatan elektrik

Aset S-GLC Pahang meningkat kepada RM11.3 bilion

Aset S-GLC Pahang meningkat kepada RM11.3 bilion

5,000 jemah imarahkan Festival Turath Islami Malaysia

5,000 jemah imarahkan Festival Turath Islami Malaysia