Status selebriti bukan ‘lesen’ promosi rokok, vape

STATUS selebriti atau populariti bukan ‘tiket’ untuk melangkaui undang-undang dengan melanggar ketetapan membabitkan larangan pengiklanan, promosi atau tajaan produk merokok termasuk vape.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tindakan itu dilihat membabitkan risiko kepada generasi muda.

Katanya, undang-undang berkenaan adalah mutlak mengikut Seksyen 9(1) Akta 852 yang terpakai kepada semua pihak tanpa pengecualian termasuk golongan selebriti, pempengaruh atau pemilik perniagaan.

“Tindakan undang-undang terhadap mereka terbabit adalah langkah terakhir dilakukan pihaknya jika amaran diberi tidak diendahkan.

“Semua pempengaruh dan pembuat kandungan digital perlu memainkan peranan sebagai sebahagian daripada penyelesaian (bagi menangani kes rokok dan vape), bukannya menyumbang kepada normalisasi budaya merokok dalam masyarakat,” katanya menerusi hantaran di Facebook, pada Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Mahkamah Majistret Putrajaya yang mensabitkan pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu yang didenda RM10,000 atas kesalahan mempromosikan produk merokok di media sosial.

Terdahulu, media pada Khamis melaporkan pelawak terkenal, Shuib dijatuhi hukuman itu atas kesalahan mempromosikan produk rokok elektronik (vape) di saluran podcast miliknya, Dol’s Podcast, dua tahun lalu.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly berkata, keputusan mahkamah itu menjadi satu ‘preseden’ (kes rujukan) perundangan yang amat penting dalam penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

“Ia menghantar mesej yang jelas dan tuntas iaitu larangan pengiklanan, promosi atau tajaan produk merokok termasuk rokok elektronik dan vape adalah mutlak.

“Undang-undang ini terpakai kepada semua pihak tanpa sebarang pengecualian, tidak kira status anda sebagai selebriti, pempengaruh, atau pemilik perniagaan,” katanya.

Related Posts

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

KUALA LUMPUR –  Datuk Seri Jamil Khir Baharom didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyebabkan Lembaga Tabung Haji (TH) melupuskan aset bernilai lebih RM860.3 juta antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

PETALING JAYA – Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyokong gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya masyarakat antarabangsa mengambil tindakan tegas terhadap pendudukan haram Israel di wilayah Palestin.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Subsidi bersasar bukan menyusahkan rakyat, sebaliknya elak ketirisan wang negara

Subsidi bersasar bukan menyusahkan rakyat, sebaliknya elak ketirisan wang negara

Musketeers Football perkukuh ekosistem bola sepak akar umbi melalui inovasi

  • By Fandi
  • September 14, 2026
Musketeers Football perkukuh ekosistem bola sepak akar umbi melalui inovasi

YPM FC juara Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah

YPM FC juara Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah

Pelajar praktikal UiTM, wanita pemilik kolam ikan maut terkena renjatan elektrik

  • By Aden
  • September 14, 2026
Pelajar praktikal UiTM, wanita pemilik kolam ikan maut terkena renjatan elektrik

Aset S-GLC Pahang meningkat kepada RM11.3 bilion

Aset S-GLC Pahang meningkat kepada RM11.3 bilion

5,000 jemah imarahkan Festival Turath Islami Malaysia

5,000 jemah imarahkan Festival Turath Islami Malaysia