Projek naik taraf LTM tingkat kapasiti penumpang

MIRI – Lapangan Terbang Miri (LTM) bakal berwajah baharu menerusi projek naik taraf menyeluruh yang akan meningkatkan kapasiti pergerakan penumpangnya daripada dua juta kepada empat juta orang setahun.

Projek tersebut dilaksanakan bagi memenuhi pertumbuhan permintaan perkhidmatan penerbangan yang semakin pesat di wilayah utara Sarawak.

Antara skop utama kerja-kerja tersebut merangkumi pembesaran terminal utama, penyediaan kawasan khas perkhidmatan Rural Air Services (RAS), menaik taraf kawasan landside serta penambahan dua kawasan parkir pesawat di airside.

Projek yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 itu memperlihatkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh sistem pengangkutan udara negara.

Susulan pengumuman itu, Kementerian Pengangkutan telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Ekonomi pada 16 Disember 2024 bagi mewujudkan butiran kerja awalan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Kementerian Ekonomi kemudiannya telah meluluskan pelaksanaan kerja-kerja awalan tersebut menerusi surat bertarikh 23 Januari 2025 yang lalu.

Kelulusan itu merangkumi pelantikan perunding, kerja-kerja tanah, penyediaan lukisan terukur serta ujian penilaian keadaan bangunan sedia ada (Building Condition Assessment).

Kerja-kerja pembinaan fizikal projek naik taraf LTM ini dijangka bermula pada tahun 2026 dan dianggarkan mengambil tempoh kira-kira 36 bulan untuk disiapkan sepenuhnya.

Apabila siap kelak, ia bukan sahaja menjamin keselesaan dan keselamatan penumpang, malah memperkukuh peranan LTM sebagai pintu masuk utama yang menyokong agenda ekonomi dan pelancongan negeri Sarawak.

Related Posts

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

ALOR SETAR – Cubaan seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) menyeludup masuk dadah disyaki bunga ganja bernilai kira-kira RM1.17 juta dari negara jiran gagal. Suspek ditahan ketika dalam pemeriksaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Rider’ kini boleh melepas lelah di Hab P-Hailing KL

KUALA LUMPUR – Komuniti penghantar makanan dan barangan kini mempunyai sebuah ruang khusus untuk berehat beserta kemudahan asas menerusi D’Tebing Recharge Rider yang diperkenalkan sebagai Hab P-Hailing Kuala Lumpur. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Negara hancur dengan kebencian

Negara hancur dengan kebencian

‘Rider’ kini boleh melepas lelah di Hab P-Hailing KL

‘Rider’ kini boleh melepas lelah di Hab P-Hailing KL

Allahyarham Jasmin sangat dedikasi, sedang pertimbangan ke pangkat SAC – Jauteh

Allahyarham Jasmin sangat dedikasi, sedang pertimbangan ke pangkat SAC –  Jauteh

Perkukuh keharmonian, masyarakat Ngemah diingatkan waspada ancaman berita palsu

Perkukuh keharmonian, masyarakat Ngemah diingatkan waspada ancaman berita palsu

Pengamal media terokai warisan budaya Sarawak menerusi Miri In-depth Experience

Pengamal media terokai warisan budaya Sarawak menerusi Miri In-depth Experience