Isu Saifuddin: Pemecatan tanpa sidang, sesiapa pun berisiko

PUTRAJAYA – Pemecatan Datuk Seri Saifuddin Abdullah daripada Bersatu disifatkan cacat berikutan didakwa  dilakukan tanpa mengikut persidangan rasmi Lembaga Disiplin (LD) parti tersebut.

Pengamal undang-undang, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq berpandangan, pihaknya tidak bersetuju dengan pemecatan itu yang dilihat bertentangan dengan semangat dan prinsip perlembagaan Bersatu.

Katanya, setelah meneliti fakta yang ada, jelas keputusan pemecatan dibuat tanpa persidangan rasmi LD dan perkara itu bukan isu teknikal kecil kerana membabitkan keabsahan keputusan.

“Hakikat ini tidak boleh diselindungi dengan kenyataan umum, alasan pentadbiran atau tafsiran longgar perlembagaan parti. Saya tidak mempertahankan mana-mana individu.

‘Saya mempertahankan perlembagaan, proses dan integriti parti. Apabila proses dipintas, keputusan yang terhasil bukan lagi ketegasan tetapi penyalahgunaan kuasa,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Khamis.

Dalam pada itu, Khaliq Mehtab berkata, kecacatan proses itu cuba ditutup dengan naratif disiplin, tanggungjawab kolektif dan ketegasan parti, seolah-olah matlamat boleh menghalalkan cara.

Beliau yang juga Ketua Bersatu Bahagian Kepala Batas berkata, apa yang berlaku bukan budaya parti berperlembagaan tetapi arahan tanpa semak dan imbang dan perkara itu dibimbangi tidak akan dihormati jika gagal mematuhi perlembagaannya sendiri.

“Tiada siapa lebih besar daripada perlembagaan termasuk mereka yang memegang kuasa. Sebagai peguam, saya agak malu apabila terpaksa menjelaskan perkara asas sebegini kepada umum

“Bahawa keadilan bukan hanya keputusan, tetapi juga proses. Tanpa proses, keputusan itu rapuh, mudah dicabar dan memalukan parti sendiri,” katanya.

Tambahnya, sekiranya sudah ada seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi boleh dipecat tanpa persidangan LD, esok sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa.

“Parti yang membenarkan perkara ini sedang mengajar ahlinya bahawa perlembagaan boleh diketepikan apabila tidak selari dengan kehendak kuasa,” katanya

Related Posts

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas