Suspek dadah dengan enam rekod jenayah lampau ditahan

SARATOK – Seorang lelaki tempatan yang memiliki enam rekod jenayah lampau ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah di Kampung Hulu pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, suspek berusia 45 tahun itu ditahan sepasukan anggota Task Force Khas Op Tapis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok hasil maklumat risikan.

Menurutnya, serbuan dilakukan kira-kira pukul 2 petang hingga 3.30 petang.

“Hasil pemeriksaan awal membawa kepada penahanan suspek sebelum dibawa ke Balai Polis Saratok untuk tindakan lanjut.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mathew memberitahu, semakan rekod mendapati suspek mempunyai enam kesalahan terdahulu membabitkan kes narkotik dan jenayah.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“IPD Saratok akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi mengekang aktiviti penyalahgunaan dadah di daerah ini.

“Orang ramai diseru agar terus menyalurkan maklumat berkaitan jenayah kepada pihak polis demi memastikan keselamatan masyarakat setempat terpelihara,” ujarnya.

Related Posts

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

SUNGAI PETANI – Enam sekeluarga maut termasuk seorang bayi berusia enam bulan dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tanah dan kenderaan utiliti sukan, di Kampung Baru Pinang Tunggal, di sini hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

ISKANDAR PUTERI – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai medan penting untuk membuktikan kekuatan dan kebangkitan semula Barisan Nasional (BN), sekali gus memberi isyarat bahawa “gelombang biru” berpotensi kembali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

Bukan DAP arah Aminuddin bubar DUN, itu keputusan konsensus pimpinan tertinggi PH

Bukan DAP arah Aminuddin bubar DUN, itu keputusan konsensus pimpinan tertinggi PH

PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM