Dua lelaki ditahan, terlibat kes jenayah harta benda

MIRI – Polis menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam satu kes kecurian susulan hasil maklumat yang diterima daripada orang awam, pada Selasa.

Tangkapan dilakukan pada jam 2.50 petang, dengan pasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri menjalankan pemeriksaan di sebuah lokasi di Lot 147, Desa Lambir, Batu 8, Jalan Miri–Bintulu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, kedua-dua suspek ditahan ekoran dipercayai melakukan kesalahan terlibat dalam kes jenayah harta benda yang dilaporkan berlaku di sekitar daerah ini.

Siasatan awal mendapati tangkapan berkenaan mempunyai kaitan dengan satu laporan polis sebelum ini melibatkan kejadian kecurian sebatang pokok bonsai yang diketahui umum bernilai tinggi.

Susulan itu, kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang perbuatan menyalahi undang-undang serta menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan yang tegas akan diambil tanpa kompromi.

Orang awam juga digesa untuk segera menyalurkan maklumat atau melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan bagi membantu usaha membanteras jenayah di daerah Miri.

Foto: Polis Daerah Miri

Related Posts

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia

KOTA KINABALU – Hak dan kepentingan Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan terus diperjuang dan direalisasikan melalui semangat kerjasama erat bersama Kerajaan Persekutuan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Generasi muda digesa fahami sejarah, pelihara hak Sarawak dalam MA63

ENGKILILI – Kesedaran mendalam mengenai sejarah pembentukan negara dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu terus diperkukuh, khususnya dalam kalangan generasi muda bagi memastikan mereka memahami kedudukan dan hak sebenar Sarawak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia

Generasi muda digesa fahami sejarah, pelihara hak Sarawak dalam MA63

Generasi muda digesa fahami sejarah, pelihara hak Sarawak dalam MA63

Pembantu kedai cermin mata ditahan kes pecah amanah RM179,000

Pembantu kedai cermin mata ditahan kes pecah amanah RM179,000

United tersingkir saingan Piala Carabao, kalah 2-3 kepada Brighton

United tersingkir saingan Piala Carabao, kalah 2-3 kepada Brighton

Hari Malaysia 2026: KSU Komunikasi hargai komitmen semua pihak, syukur kelancaran majlis

Hari Malaysia 2026: KSU Komunikasi hargai komitmen semua pihak, syukur kelancaran majlis

Pahang rekod kutipan hasil lebih RM1 bilion untuk tahun kelima

Pahang rekod kutipan hasil lebih RM1 bilion untuk tahun kelima