Pas Pahang terbuka kerjasama dengan UMNO

KUANTAN – Pas konsisten menghulurkan tangan kepada rakan Perikatan Nasional (PN) dan bersedia bermusyawarah dengan UMNO serta parti lain – termasuk badan bukan kerajaan (NGO) – bagi menghimpunkan kekuatan umat di bawah satu payung besar.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Rosli Abdul Jabar berkata, Pas akan terus mempertahankan muafakat Melayu Islam walau apa juga harganya, sebagai ruang kerjasama yang matang.

Menurutnya, PN bukan ‘destinasi terakhir’ tetapi satu kenderaan menuju penyatuan lebih luas dengan konteks bukan hanya UMNO atau NGO, tetapi sebahagian daripada realiti umat dan sejarah politik negara.

“Justeru, seruan ke arah kebersamaan tidak boleh terhenti pada sempadan gabungan sedia ada, sebaliknya Melayu Islam perlu berada di bawah satu payung lebih besar iaitu payung penyatuan ummah melangkaui nama, logo dan kepentingan parti.

“Payung besar itu bukan dibina atas angka kerusi atau persaingan dominasi tetapi atas amanah menjaga agama, kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya, lapor Sinar Harian.

Rosli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Lumpur menjelaskan, langkah itu menuntut kematangan untuk merendah diri, keberanian berdialog dan kebijaksanaan untuk membezakan antara strategi dengan perpecahan prinsip.

Jelasnya, Pas berpegang bahawa muafakat itu akhlak yang menuntut mencari titik temu dan bukannya memperbesarkan jurang.

“Apa jua perbezaan yang wujud hari ini seharusnya diurus sebagai perbezaan dalam keluarga besar ummah, bukan alasan untuk saling menafikan.

“Sejarah membuktikan bahawa ketika umat bersatu, negara stabil sebaliknya ketika umat berpecah, ruang terbuka luas kepada pihak yang tidak mempedulikan kepentingan Islam dan Melayu,” ujarnya.

Beliau berkata, perkembangan politik semasa mengajar kita satu hakikat yang semakin jelas bahawa politik kepartian ada batasnya, tetapi amanah penyatuan ummah melangkaui segala garis parti.

“Apa jua dinamika yang berlaku di peringkat negeri atau pusat wajar dibaca dalam kerangka yang lebih besar iaitu tanggungjawab sejarah terhadap rakyat dan umat,” katanya.

Related Posts

Pertemuan Pas-UMNO buka persoalan hala tuju PN

KANGAR – Pertemuan membabitkan pimpinan Pas dan UMNO di ibu negara semalam mula mencetuskan persoalan mengenai hala tuju blok pembangkang Perikatan Nasional (PN) menjelang pilihan raya akan datang. Menteri Besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kritik Pas tak bermaksud kritik Islam dan ulama – Mahfuz

KENYATAAN terbaharu Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa ‘Pas tidak ditenggelamkan selagi bersama Islam’, sekali lagi mengundang kritikan kerana menggambarkan seolah-olah parti itu berkait dengan agama Islam. Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati