Kerajaan MADANI terus ringankan beban rakyat Miri menerusi Program Rumah Mesra Rakyat

MIRI – Kerajaan MADANI terus membuktikan komitmen dalam membantu rakyat berpendapatan rendah memiliki kediaman selesa menerusi pelaksanaan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Miri.

Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man berkata, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan atas usaha berterusan menyediakan perumahan mampu milik bagi golongan yang memerlukan.

Menurut beliau, program berkenaan bukan sahaja membantu meringankan beban kewangan rakyat, malah meningkatkan kualiti hidup masyarakat di peringkat akar umbi.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke beberapa rumah RMR yang telah siap dibina bersama pegawai Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pada Selasa.

Lawatan yang bermula sekitar 10 pagi itu bertujuan memastikan rumah yang dibina menepati spesifikasi ditetapkan serta memenuhi keperluan penerima, selain memberi ruang kepada penduduk menyuarakan maklum balas secara langsung.

Antara kawasan yang terlibat dalam lawatan tersebut ialah Kuala Baram, Tudan, Piasau Utara dan Pulau Melayu, manakala beberapa lagi penerima di Taman Hilltop dijangka menerima rumah masing-masing selepas urusan tapak dan pembinaan diselesaikan.

Setiap unit rumah RMR dilengkapi dengan ruang tamu, dapur, tiga bilik tidur serta dua bilik mandi bagi menjamin keselesaan penghuni.

Chiew turut menegaskan pelaksanaan program itu mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI dalam memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.

Beliau berharap agar lebih banyak inisiatif seumpama itu dapat diteruskan dan diperkasa pada masa akan datang.

Difahamkan, kerajaan telah meningkatkan peruntukan bagi pelaksanaan RMR pada tahun hadapan dengan sebanyak 500 unit rumah dijangka dibina di seluruh Sarawak pada 2026.

Harga binaan setiap rumah dianggarkan sekitar RM75,000 selepas menerima subsidi kerajaan sebanyak RM20,000, dengan bayaran bulanan serendah RM300 tanpa dikenakan faedah.

Orang ramai yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui laman web rasmi rmr.spnbonline.com.my dengan melengkapkan dokumen sokongan termasuk Surat Aku Janji Pemohon dan Surat Pelepasan Tuan Tanah yang perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.

Sebarang pertanyaan atau bantuan berkaitan permohonan boleh menghubungi Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.219 Miri di talian 012-8520946 atau hadir ke pejabat di Lot 1286, Tingkat Satu, Jalan Baiduri 4, Jalan Pujut 4, 98000 Miri, Sarawak.

Related Posts

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) terus memperkukuh reputasinya dalam pengurusan aset apabila dua hartanah ikonik miliknya, Menara TH Tun Razak dan Menara Bank Islam, meraih pengiktirafan berprestij pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Integriti, akauntabiliti dalam tadbir urus institusi agama diperkukuh

PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertekad memperkukuh tadbir urus institusi agama berteraskan integriti, akauntabiliti dan kesejahteraan rakyat selaras dengan titah Sultan Nazrin Shah agar negara Islam mengamalkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH