90 peratus penagih dadah ditahan di Kedah berbangsa Melayu

ALOR SETAR – Polis Kedah merekodkan sebanyak 27,657 tangkapan berkaitan dadah sepanjang tahun ini yang menyaksikan peningkatan 13.2 peratus berbanding tahun lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, daripada jumlah itu, seramai 23,648 orang ialah Melayu dengan daerah Kuala Muda mencatatkan tangkapan tertinggi sebanyak 5,194 kes.

“Daripada tangkapan itu, majoriti masih berbangsa Melayu iaitu 90 peratus. Selain itu, seramai 77 kakitangan awam termasuk pegawai dan anggota polis, guru dan sebagainya ditahan.

“Saya tidak malu untuk memaklumkan perkara ini kerana kita tidak akan berkompromi dengan kes seperti ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini semalam.

Beliau berkata, Kontinjen Kedah turut mencatatkan peningkatan rampasan dadah berjumlah RM47.1 juta dalam tempoh sama berbanding RM8.8 juta pada tahun lalu.

“Rampasan ini meningkat sehingga 500 peratus tahun ini dengan rampasan terbanyak adalah bunga ganja sebanyak RM15 juta diikuti syabu (RM13 juta) dan heroin base (RM10 juta),” ujarnya.

Menurut beliau, tangkapan tersebut merupakan kejayaan besar dalam usaha membanteras dadah di Kedah meskipun Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah hanya mempunyai kekuatan seramai 54 pegawai kanan dan 264 anggota.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar