MTSP fokus pasca banjir, buat persiapan gelombang kedua

MARAN — Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) melaksanakan operasi pasca banjir secara bersepadu melibatkan beberapa kawasan terjejas di negeri ini.

Antara lokasi tumpuan adalah sekitar Maran, Paya Besar dan Kuantan.

Operasi pasca banjir itu disertai sukarelawan MTSP dari seluruh daerah yang digerakkan bagi membantu membersihkan kediaman penduduk.

Naib Pengerusi I MTSP, Kamil Ibrahim berkata, sukarelawan MTSP dalam keadaan siap siaga lebih awal sebaik sahaja menerima laporan berkaitan situasi banjir.

“Tumpuan kita bukan sahaja bagi penyaluran bantuan kecemasan, malah bagi persediaan operasi pembersihan pasca banjir.

“Sukarelawan (MTSP) dari daerah Raub, Bera, Temerloh, Jerantut, Bentong dan Kuala Krau digerakkan semalam bagi membantu kawasan terjejas di Maran, Paya Besar, Rompin dan Kuantan.

“Dan keutamaan diberikan kepada rumah yang memerlukan bantuan segera, khususnya kediaman golongan yang mempunyai kekangan fizikal,” katanya.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail atas keprihatinan dan tindakan awal Kerajaan Negeri dalam membuat persiapan menghadapi bencana serta menyalurkan bantuan awal kepada rakyat yang terkesan.

Dalam masa yang sama, penghargaan turut diberikan kepada seluruh pihak berkuasa, agensi berkaitan serta penduduk setempat yang berganding bahu membantu mangsa sejak peringkat awal bencana, sekali gus memastikan urusan pemindahan, keselamatan dan kebajikan rakyat dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

“Sebagai rakan strategik kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), MTSP kekal bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk mengambil maklum ramalan gelombang susulan yang dilaporkan.

“Dengan perancangan rapi dan kesiapsiagaan berterusan… dalam apa jua keadaan, MTSP akan terus komited untuk berada di lapangan bagi menghulurkan bantuan,” katanya.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik