Ziarah Kasih santuni keluarga Orang Asli

KUANTAN – Dua keluarga daripada komuniti Orang Asli yang menetap di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar menerima kunjungan pimpinan setempat menerusi program Ziarah Kasih, hari ini.

Keluarga itu menetap di perkampungan Orang Asli Kampung Gedung Siam dan Kampung Orang Asli KM56 Jalan Kuantan-Maran, dekat Gambang.

Ziarah kasih dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari bersama Penyelaras DUN Lepar, Mustaqim Zakaria.

Ahmad Irshadi memaklumkan, menerusi program berkenaan, kerajaan Pahang menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang berdepan kesulitan atau dilanda tragedi.

“Kedua-dua keluarga ini berdepan kesulitan dan satu daripadanya kehilangan anak yang meninggal dunia ketika mandi sungai… anak mereka berusia tiga tahun, semasa banjir melanda beberapa kawasan minggu lalu.

“Jadi, sebagai kerajaan negeri yang prihatin… hari ini kami datang menyampaikan sedikit sumbangan ikhlas daripada kerajaan Pahang kepada mereka,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama berharap keluarga terbabit terus tabah dalam berdepan ujian itu.

Katanya, kerajaan Pahang juga berharap sumbangan disampaikan kepada keluarga berkenaan dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan ditanggung mereka.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit