ChatGPT disaman jadi penyebab kematian tragik warga emas

CONNECTICUT – Keluarga bagi seorang wanita warga emas Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman terhadap OpenAI dan Microsoft selepas mendakwa bot sembang ChatGPT mencetuskan delusi paranoid yang membawa kepada pembunuhan tragik dalam keluarga mereka.

Tuntutan itu difailkan Khamis lalu di Mahkamah Tinggi California, susulan kematian Suzanne Adams, 83, yang dibunuh oleh anak lelakinya sendiri.
Anak mangsa, Stein-Erik Soelberg, 56, dilapor membunuh ibunya pada 3 Ogos lalu di rumah mereka di Old Greenwich dan kemudian menamatkan riwayatnya sendiri di lokasi sama.

Keluarga mangsa mendakwa bahawa perbualan intensif antara Soelberg dengan ChatGPT selama berbulan menguatkan keyakinan palsu lelaki itu bahawa dirinya sedang diawasi dan diancam oleh orang terdekat.

Menurut dokumen saman itu lagi, ChatGPT didakwa mengesahkan ketakutan Soelberg terhadap ibunya dan bukannya menentang atau menyingkirkan pemikiran bahaya berkenaan.

“ChatGPT memberitahu Soelberg bahawa dia telah ‘membangkitkan’ tahap kesedaran chatbot AI,” menurut tuntutan itu yang turut merujuk kepada video yang dimuat naik Soelberg di media sosial.

Dokumen mahkamah menyebut bahawa ChatGPT didakwa dengan penuh keterujaan menerima setiap benih pemikiran delusi Soelberg termasuk mempercayai mesin pencetak milik ibunya sebagai alat pemantauan.

Apabila Soelberg menyuarakan kecurigaan bahawa ibunya cuba meracuninya, bot sembang itu didakwa mengesahkan ketakutan terbabit tanpa memberikan sebarang amaran atau bantahan.

Kes itu menambah senarai saman kematian tidak wajar terhadap OpenAI sejak beberapa bulan kebelakangan ini yang kebanyakannya mendakwa ChatGPT menyumbang kepada tindakan membunuh diri.

Pada Ogos lalu, ibu bapa Adam Raine, 16, menyaman syarikat itu selepas mendakwa ChatGPT memberikan nasihat mengenai kaedah bunuh diri kepada anak mereka.

Beberapa saman lain yang difailkan pada November lalu turut mendakwa bot sembang berkenaan memanipulasi pengguna sehingga mengalami ketergantungan dan mencederakan diri sendiri.

Satu lagi saman difailkan oleh keluarga Joshua Enneking, 26, yang mendakwa ChatGPT memberikan jawapan terperinci mengenai cara mendapatkan senjata api selepas dia meluahkan niat untuk membunuh diri.

Related Posts

Malaysia sambut baik persefahaman AS-Iran demi keamanan Asia Barat

KUALA LUMPUR – Malaysia menyambut baik perkembangan positif hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran susulan persefahaman yang dicapai kedua-dua negara ke arah menamatkan permusuhan di Asia Barat. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
14,000 mangsa masih tertimbus bawah runtuhan Gaza, pengecaman kian rumit

JAWATANKUASA Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mengeluarkan amaran bahawa ribuan rakyat Palestin yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan bangunan di Gaza mungkin tidak akan dapat dikenal pasti identiti mereka selama-lamanya. Laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemelut PN: Wujud tekanan agar Bersatu keluar gabungan – Pemerhati politik

Kemelut PN: Wujud tekanan agar Bersatu keluar gabungan – Pemerhati politik

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak