Mesyuarat Menteri Luar ASEAN platform selesaikan konflik Kemboja-Thailand

MESYUARAT Menteri-Menteri Luar ASEAN yang berlangsung esok dijangka akan menjadi wadah konstruktif bagi Kemboja dan Thailand untuk berunding secara terbuka dalam menyelesaikan konflik sempadan dua negara tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan tersebut juga dilihat akan menyelesaikan perbezaan secara aman sekali gus mencapai penyelesaian yang adil dan berkekalan.

“Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN yang akan berlangsung esok adalah wadah sesuai dan konstruktif untuk membolehkan kedua-dua negara berunding secara terbuka.

“Selesaikan perbezaan secara aman, serta mencapai penyelesaian yang adil dan berkekalan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya, pada Ahad.

Sementara itu, Anwar mengesahkan beliau turut berhubung dengan Perdana Menteri Kemboja dan Thailand bagi bertukar pandangan serta membincangkan hala tuju terbaik ke arah meredakan ketegangan yang timbul antara kedua-dua negara.

“Saya menegaskan pentingnya untuk Kemboja dan Thailand berpegang kepada semangat dialog, kebijaksanaan dan saling menghormati demi menamatkan ketegangan serta memelihara keamanan dan kestabilan rantau ini,” katanya.

Thailand dan Kemboja mempertikaikan sebahagian sempadan darat sepanjang 817 kilometer itu selama lebih seabad, yang mana perebutan ke atas kuil purba kadang-kadang mencetuskan pertempuran bersenjata, termasuk insiden berbalas tembakan artileri selama seminggu yang meragut banyak nyawa pada 2011.

Ketegangan kembali memuncak pada Mei lalu selepas seorang tentera Kemboja terbunuh dalam satu pertempuran kecil, mencetuskan peningkatan ketara kehadiran tentera dan pertempuran baharu yang menjejaskan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Related Posts

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

SERI KEMBANGAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

KUALA LUMPUR – Pasport Malaysia melonjak ke kedudukan kedua dunia dalam penarafan The Passport Index Global Ranking 2026, meningkat satu anak tangga berbanding tempat ketiga tahun lalu. Menurut Jabatan Imigresen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia