SSM akan pertimbang kurangkan kompaun jika pemain industri patuh Akta Syarikat

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bersedia untuk mempertimbangkan pengurangan kadar kompaun, sekiranya syarikat menunjukkan komitmen jelas ke arah pematuhan di bawah Akta Syarikat 2016 (AS 2016).

SSM berkata, bagi syarikat yang tidak lagi aktif, pengarah digalakkan mengambil langkah pemotongan nama syarikat daripada daftar.

Katanya, pengarah itu harus melaksana pertimbangan pengurangan kompaun tertunggak boleh diberikan, tertakluk kepada pematuhan syarat ditetapkan.

“SSM akan terus konsisten dalam melaksanakan tanggungjawabnya bagi memastikan pematuhan terhadap AS 2016 demi melindungi integriti persekitaran korporat Malaysia serta memupuk ekosistem perniagaan yang telus, boleh dipercayai dan mesra pelanggan.

“Usaha meningkatkan pematuhan akan diteruskan melalui pendekatan menyeluruh termasuk peringatan, tindakan pentadbiran, penguatkuasaan undang-undang serta pelaksanaan program latihan kepada pegawai syarikat dan intermediari korporat,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Terdahulu, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa SSM mempertimbangkan semula kompaun tinggi dikenakan terhadap syarikat yang melanggar peruntukan di bawah AS 2016.

Presiden DPMM, Norsyahrin Hamidon berkata, langkah terbaru SSM itu tidak selari dengan keputusan mengurangkan kos pematuhan audit apabila syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan hasil kurang RM1 juta dikecualikan sepenuhnya daripada audit mulai 2025.

Norsyahrin berkata, pihaknya menerima pelbagai rungutan dan aduan daripada ahli serta pemilik syarikat berhubung penguatkuasaan kompaun sehingga mencecah RM40,000 bagi pelanggaran Seksyen 245, 248, 258 dan 340 AS 2016.

Mengulas lanjut, SSM berkata, pematuhan terhadap AS 2016 adalah satu kewajipan undang-undang, selaras dengan landskap tadbir urus korporat yang semakin menekankan ketelusan dan akauntabiliti.

Suruhanjaya itu menegaskan, AS 2016 menggariskan keperluan tadbir urus mampan bagi memastikan syarikat beroperasi secara teratur, termasuk kewajipan menyediakan penyata kewangan (PK) yang baik dan tepat bagi mencerminkan kedudukan kewangan sebenar syarikat.

“Bagi memastikan pengarah syarikat memahami tanggungjawab mereka berkaitan penyediaan PK, SSM secara konsisten mengeluarkan notis peringatan ‘compliance clock’ (garis masa pematuhan) sepanjang tahun kepada setiap syarikat.

“Notis peringatan tahunan ini membabitkan lebih 500,000 syarikat dan bertujuan mengingatkan syarikat serta pengarah berhubung kepentingan menyediakan dan menyerah simpan penyata tahunan (PT) dan PK mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

Dalam pada itu, SSM memaklumkan, bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap peruntukan undang-undang yang dikawal selia oleh SSM, pelbagai usaha penguatkuasaan dilaksanakan secara berterusan melalui pemeriksaan data dan pemeriksaan fizikal terhadap PK yang diserah simpan.

SSM berkata, bagi tempoh 2016 hingga 16 Disember lalu, pihaknya mengeluarkan sebanyak 479 notis kompaun bernilai RM40,000 bagi setiap notis, hasil pemeriksaan ke atas 4,500 syarikat bersamaan 10.60 peratus daripada jumlah keseluruhan syarikat yang diperiksa.

“Kompaun ini ditawarkan pada kadar minimum dan bertujuan sebagai langkah peringatan serta pendidikan kepada sektor korporat agar mematuhi peruntukan AS 2016 sepenuhnya.

“Kesemua notis tawaran kompaun yang dikeluarkan membabitkan kesalahan serius yang dikenal pasti melalui laporan juruaudit berstatus ‘qualified opinion’ (pendapat bersyarat),” katanya.

Related Posts

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

DATUK Seri Dr Zaliha Mustafa menafikan dakwaan bahawa beliau pernah menjemput seorang individu ke majlis perasmian atau pecah tanah bagi penempatan baharu etnik Rohingya. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

KERAJAAN Negeri Terengganu tidak boleh sekadar meraikan penurunan hutang dan peningkatan hasil melalui slogan politik tanpa menjelaskan secara menyeluruh kedudukan kewangan negeri serta manfaat sebenar yang diterima rakyat. Rencana terbaharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah