KKTP laksana pendekatan bersepadu tangani setinggan, 45 koloni dicadang diwartakan sebagai kampung

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melaksanakan pendekatan bersepadu dan berperingkat dalam menangani isu setinggan di negeri ini termasuk cadangan mewartakan 45 koloni setinggan sebagai kampung.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha itu bagi memastikan pengurusan perumahan yang lebih tersusun serta penyediaan kemudahan asas yang lebih sistematik.

“Pendekatan ini juga susulan cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai agar satu dasar tegas melalui pengenalan ‘Polisi Setinggan Sifar diperkenalkan,” katanya semasa sesi Penggulungan Mesyuarat Penggal Pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang Ke-17, di sini, pada Rabu.

Menurut Arifin, jumlah koloni setinggan di negeri Sabah kini menurun kepada 233 koloni berbanding 285 koloni pada tahun 2023 iaitu pengurangan sebanyak 52 koloni atau bersamaan 18 peratus, sekali gus mencerminkan keberkesanan langkah berperingkat yang dilaksanakan Kerajaan Negeri dalam mengurus isu setinggan secara lebih terancang dan berhemah.

“Pengurusan setinggan di Sabah kini dilaksanakan menerusi Jawatankuasa Induk Ehwal Setinggan Negeri Sabah yang telah menggariskan beberapa pendekatan bersesuaian berdasarkan situasi dan lokasi setinggan.

“Langkah utama yang diambil termasuk penggazetan kawasan setinggan yang sesuai untuk diwartakan sebagai perkampungan, selain penempatan semula penghuni setinggan melalui tawaran lot, tapak atau unit rumah yang bersesuaian.

“Kerajaan negeri turut melaksanakan pembinaan rumah mampu milik dan rumah kos rendah secara in-situ, selain pendekatan pertukaran tanah atau land Swap bagi tanah hak milik yang terlibat dengan setinggan,” katanya.

Justeru katanya, bagi setinggan yang terletak di atas tanah hak milik persendirian, tindakan pengusiran adalah menjadi tanggungjawab pemilik tanah berkenaan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

Related Posts

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

IPOH – Kerajaan Perak mengarahkan semakan menyeluruh terhadap operasi sebuah kuari batu kapur di Mukim Kampung Buaya, Kuala Kangsar yang tular di media sosial, baru-baru ini. Menteri Besar Perak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

MUKAH – Penduduk di seluruh daerah Matu dan Kampung Nangar Besar, Daro dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya berikutan pelaksanaan kerja baik pulih paip utama yang bermula pada Ahad. Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah