Projek naik taraf bekalan air Cameron Highlands siap

KUANTAN – Lapan projek naik taraf infrastruktur air di Cameron Highlands bagi meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air di daerah itu telah disiapkan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, antara projek infrastruktur air itu termasuk pembaikan rawatan air dan membaiki jalan ke muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Habu bernilai RM500,000.

Menurutnya, turut disiapkan kerja menaik taraf sistem paip agihan di Desa Kayangan dengan kos RM300,000; kerja menaik taraf laluan aliran air dan membina kolam takungan serta pemasangan longkang konkrit di Sungai Ichat untuk menambah kuantiti air di muka sauk LRA Terla serta kerja berkaitan melibatkan kos RM160,000.

“Selain itu, kerja-kerja membekal dan memasang pagar di kawasan tadahan air, Hutan Simpan Sungai Ichat, Kuala Terla melibatkan kos RM160,000 juga telah siap.

“Begitu juga untuk kerja-kerja menaik taraf aliran muka sauk bagi menambah kuantiti air mentah serta kerja-kerja berkaitan di Loji Air Brinchang (RM280,000),” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, Ho Chi Yang (DAP) dalam Sidang Dewan Negeri Ke-15, Penggal Ke-4 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Dalam jawapannya itu, Wan Rosdy turut memberitahu, Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) juga telah menyiapkan kerja penyambungan paip outlet tangki Tringkap puncak ke paip jajaran Tringkap sepanjang 100 meter (RM85,000) dan penggantian paip 100 milimeter (mm) kepada jenis MSCL 200mm sepanjang 500 meter di lokasi itu (RM300,000).

“Juga telah disiapkan penggantian paip di lokasi Lembah Jasar jenis AC 100 mm kepada jenis MSCL 100mm sepanjang 300 meter melibatkan peruntukan RM130,000,” ujarnya.

Sementara itu, Wan Rosdy menjelaskan, dua projek infrastruktur air di Cameron Highlands masih dalam pembinaan iaitu kerja-kerja menaik taraf sistem LRA Brinchang dan pemindahan komponen rawatan jenis compact dari LRA Benta ke LRA Brinchang dan kerja-kerja berkaitan melibatkan kos RM2.13 juta.

“Kerja-kerja membekal dan memasang paip baharu serta kerja-kerja berkaitan di Jalan Tengkolok dengan kos RM280,000.

“Sementara itu, dua lagi projek masih di peringkat pra pembinaan iaitu mereka bentuk, memasang, menyiapkan dan menauliah paip keluli lembut sepanjang tujuh kilometer (km) dari Tangki Brinchang ke Tangki Royal Lily serta kerja-kerja berkaitan,” katanya.

Tambahnya, satu lagi projek, mereka bentuk, membina, menyiapkan dan menaik taraf sistem LRA Terla serta pemindahan komponen LRA dari daerah lain ke LRA Terla.

Sementara itu katanya, kerajaan negeri melalui PAIP melaksanakan 217 projek bagi menyelesaikan isu bekalan air di negeri ini melalui Pelan Projek Pembangunan Bekalan Air Negeri Pahang Fasa 1 (2021-2026).

Ujarnya, daripada jumlah projek itu, 126 projek telah siap, 26 projek dalam proses pembinaan dan 65 projek lagi di peringkat pra-pembinaan.

“Secara keseluruhannya, penyelesaian masalah air di Pahang kini mencapai 82 peratus dengan tiga daerah iaitu Bentong, Kuantan dan Raub mencapai tahap lebih 90 peratus,” katanya.

Related Posts

10 tangki air baharu bakal kurangkan gangguan bekalan Puncak Gloxinia

PAPAR – Kerajaan akan melaksanakan pembinaan 10 unit tangki sedutan jenis HDPE berkapasiti 10,000 gelen setiap satu di Kondominium Puncak Gloxinia, Kinarut sebagai langkah segera meningkatkan daya tahan sistem bekalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan terus melaksanakan tindakan terhadap isu anjing liar yang boleh mengancam keselamatan awam, namun penguatkuasaannya mesti dilakukan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak bersifat kejam. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tangki air baharu bakal kurangkan gangguan bekalan Puncak Gloxinia

10 tangki air baharu bakal kurangkan gangguan bekalan  Puncak Gloxinia

Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

Kerjasama BN-PN: Rakyat berhak mendapat penjelasan yang jelas – Mahfuz

Kerjasama BN-PN: Rakyat berhak mendapat penjelasan yang jelas – Mahfuz

Jamawi galak rakyat kibarkan Jalur Gemilang, perluas kempen 1R1JG ke kampung

Jamawi galak rakyat kibarkan Jalur Gemilang, perluas kempen 1R1JG ke kampung

Warisan nafi dakwaan keluar Kerajaan Perpaduan

Warisan nafi dakwaan keluar Kerajaan Perpaduan

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak