Penyaman udara di Klinik Kesihatan Miri kerap rosak, jejas keselesaan orang awam

MIRI – Suhu panas di aras bawah Klinik Kesihatan (KK) Bandar Raya Miri menimbulkan rungutan orang awam selepas sistem penyaman udara di fasiliti itu dilaporkan kerap rosak. 

Keadaan tersebut menyebabkan pesakit, termasuk warga emas, kanak-kanak dan ibu mengandung, terpaksa menunggu dalam ruang tertutup yang sesak dan tidak selesa.

Ahli Parlimen PKR Miri, Chiew Choon Man, menyuarakan kebimbangan terhadap situasi berkenaan dan menegaskan pentingnya pesakit menerima rawatan dalam persekitaran yang kondusif. 

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pegawai Kesihatan Bahagian Miri, Dr. P. Raviwharmman Packierisamy, serta kakitangan klinik yang mengambil inisiatif menyediakan unit ‘air cooler’ sebagai langkah sementara.

Bagaimanapun, Choon Man menegaskan kerosakan berulang pada sistem penyaman udara di klinik yang beroperasi kurang dua tahun adalah tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi apabila dinding premis turut menunjukkan tanda kerosakan awal.

“Isu itu akan dibawa ke Parlimen bagi mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai aspek pemantauan dan pengurusan projek pembinaan KK Bandar Raya Miri,” ujarnya.

Katanya, setiap projek kerajaan yang menggunakan dana rakyat perlu menepati piawaian kualiti, keselamatan dan ketahanan.

Sementara itu, beliau akan bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Bahagian Miri bagi mencari penyelesaian segera, termasuk usaha mendapatkan peruntukan tambahan untuk menambah baik sistem pengudaraan dan penghawa dingin demi keselesaan pesakit serta petugas kesihatan.

Choon Man memberi jaminan bahawa perkembangan isu tersebut akan dipantau dan dimaklumkan kepada penduduk Miri secara berkala.

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa