Pemandu maut tersepit, lori balak terbalik di Kalabakan

KALABAKAN – Seorang lelaki maut selepas treler membawa muatan kayu balak dipandu terbabas lalu terbalik ke bahu jalan dalam kejadian di Jalan Kalabakan sebelum Maliau Basin, di sini, pada Rabu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau menerima panggilan pukul 10.03 pagi sebelum sepasukan tujuh anggota bersama jentera ke lokasi sejauh 133 kilometer.

“Terdapat seorang mangsa lelaki 40-an dilaporkan tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Bomba menggunakan peralatan khas (Rescue Tool).

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan KKM di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan 1.19 petang.

Sementara itu, dalam kes berasingan di Lahad Datu, satu blok rumah pekerja tiga pintu jenis kekal terbakar sepenuhnya di Kompleks Kembara Sakti, Jalan Felda Tambisan, tengah hari Rabu.

Sepasukan 13 anggota BBP Lahad Datu bersama Pasukan Bomba Sukarela Anjung Teduh kemudian bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran 200 kaki dua pancutan melalui pam jentera dari sumber air terbuka berhampiran.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden kebakaran dan setelah memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan,” katanya.

Related Posts

LKIM santuni nelayan Pontian, umum bantuan naik taraf stor dan sokongan lot kerang

PONTIAN – Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Faiz Fadzil terus memperkukuh hubungan bersama komuniti nelayan apabila turun padang menyantuni kira-kira 50 nelayan dari Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Pontian dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mengeluh tidak akan selesaikan krisis — JKOM kupas tekanan ekonomi semasa

KUANTAN – Isu kenaikan harga barang, tekanan kos sara hidup dan cabaran ekonomi semasa menjadi fokus utama dalam Program Hasrat MADANI anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) menerusi sesi podcast bersama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua jawatan, satu persoalan besar: Mampukah Samsuri pimpin barisan pembangkang?

Dua jawatan, satu persoalan besar: Mampukah Samsuri pimpin barisan pembangkang?

Jangan heret sijil tahfiz bersama UEC, cetus konflik kekeliruan terhadap masyarakat

Jangan heret sijil tahfiz bersama UEC, cetus konflik kekeliruan terhadap masyarakat

City angkat Piala FA lepas tewaskan Chelsea di Wembley

City angkat Piala FA lepas tewaskan Chelsea di Wembley

LKIM santuni nelayan Pontian, umum bantuan naik taraf stor dan sokongan lot kerang

LKIM santuni nelayan Pontian, umum bantuan naik taraf stor dan sokongan lot kerang

Mengeluh tidak akan selesaikan krisis — JKOM kupas tekanan ekonomi semasa

Mengeluh tidak akan selesaikan krisis — JKOM kupas tekanan ekonomi semasa

Mujahid santuni ahli Amanah, tekankan politik matang dan rahmah

Mujahid santuni ahli Amanah, tekankan politik matang dan rahmah