Sarawak perlukan 5,106 jawatan sektor kesihatan – Dr Sim

KUCHING – Sarawak mahu memastikan perkhidmatan kesihatan negeri berjalan dengan lancar melalui perancangan tenaga kerja yang lebih strategik bagi memastikan rakyat menerima perkhidmatan terbaik selaras dengan keperluan semasa.

Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, penilaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di tujuh hospital utama baru-baru ini telah mengenal pasti keperluan tambahan 11,127 jawatan baharu dalam pelbagai kategori perkhidmatan kesihatan.

Beliau berkata, angka itu termasuk 1,567 jawatan doktor dan 4,881 jawatan jururawat yang diperlukan untuk memenuhi permintaan rawatan yang semakin meningkat di seluruh Sarawak.

“Sarawak juga memerlukan 5,106 jawatan dalam sektor kesihatan kerajaan termasuk  930 jawatan doktor dan 2,300 jawatan jururawat. 

“Kita menghargai kerjasama erat KKM dalam proses ini. Penilaian menyeluruh sebegini membolehkan Sarawak merangka langkah lebih holistik untuk meningkatkan kapasiti hospital, memperkukuh kesiapsiagaan perkhidmatan dan memastikan rangkaian kesihatan luar bandar terus dipertingkatkan,” katanya.

Menurutnya, Sarawak juga sedang melaksanakan pengisian jawatan secara berfasa bagi memastikan kelangsungan operasi fasiliti kesihatan kerajaan. Setakat ini, daripada 30,523 jawatan diluluskan, sebanyak 27,255 telah diisi termasuk 1,838 pegawai kontrak.

Beliau menegaskan bahawa keseimbangan agihan tenaga kerja kesihatan antara negeri adalah penting agar rakyat menerima akses rawatan yang adil dan saksama tanpa mengira lokasi.

“Melalui perancangan rapi bersama kerajaan Persekutuan, kita yakin Sarawak mampu mencapai nisbah doktor dan jururawat yang lebih seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar,” katanya.

Dr Sim menambah, kerajaan negeri sentiasa memberi keutamaan kepada usaha memperkukuh sistem kesihatan demi memastikan setiap rakyat Sarawak mendapat perkhidmatan rawatan yang berkualiti, mudah dicapai dan memenuhi keperluan komuniti setempat.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak menyambut baik keputusan membatalkan arahan kawalan jualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di negeri ini.   Pengerusinya yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

MIRI – Potensi Miri sebagai destinasi edupelancongan bakal diperkukuh menerusi kerjasama strategik bersama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) membabitkan pembangunan pakej pendidikan antara Miri, Bintulu dan Brunei. Timbalan Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan