PRN17 Sabah: Warisan kekal kuasai Gum-Gum, Arunarsin Taib raih ‘hatrik’

SANDAKAN – Calon Parti Warisan, Arunarsin Taib, mencatat kemenangan ‘hatrik’ selepas sekali lagi mengekalkan kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum-Gum bagi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) di Sabah.

Keputusan rasmi diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Gum-Gum, Imran Jagong @ Osman, di Dewan Serbaguna Libaran di sini, pada Sabtu.

Arunarsin memperoleh 2,997 undi, menewaskan lapan calon lain dalam pertandingan sembilan penjuru, sekaligus mencatat majoriti 1,103 undi.

Calon lain termasuk Yunus Nurdin (Perikatan Nasional) 1,894 undi; Abdul Said Pimping (Pakatan Harapan) 1,863 undi; Salzo Asa (Bebas) 1,802 undi; Dr Peter Junior Nainti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) 1,568 undi; Yusuf Yoda (Bebas) 693 undi; Datuk Asmawi Asa (Bebas) 321 undi; Esnin Satur (Parti Impian Sabah) 205 undi dan Fadly Voon @ Wea (Bebas) 98 undi.

Sebanyak 286 undi ditolak manakala peratus keluar mengundi direkodkan kira-kira 45 peratus.

Imran mengisytiharkan Arunarsin Taib daripada Parti Warisan sebagai ADUN Gum-Gum bagi PRN17.

Related Posts

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) melakukan penyusunan semula jentera pilihan rayanya apabila melantik Datuk Seri Amirudin Shari dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerajui pengurusan pilihan raya parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendedahkan bahawa nasihat daripada institusi diraja Johor menjadi faktor utama beliau mengambil keputusan untuk memohon maaf secara peribadi kepada Presiden UMNO, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhuwah

Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhuwah

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?