Sarifuddin calon Warisan kekal terajui DUN Merotai 3 penggal

KALABAKAN – Calon Warisan, Sarifuddin Hata sekali lagi mengekalkan kedudukannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merotai selepas berjaya mempertahankan kerusi tersebut untuk penggal ketiga berturut-turut.

Keputusan rasmi menunjukkan beliau menerima sokongan padu pengundi, menandakan keyakinan berterusan terhadap rekod perkhidmatan serta pendekatan kepimpinannya di kawasan itu.

Mengikut keputusan rasmi diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) Parlimen Kalabakan, Murad Abdul Rashid, Sarifuddin mengalahkan tiga pencabar lain dengan memperoleh 8,855 undi serta majoriti sebanyak 4,016 undi.

Tiga pencabar iaitu Calon PH, Datuk Ruji Ubi meraih 4,839 undi, Hasan Haris (PN) dengan 1,288 undi dan Rhyme @ Reymie Kassim (PIS), 231 undi.

Pada PRN16 lalu, Sarifuddin memperoleh 4,058 undi dengan majoriti 1,587 undi dalam saingan 6 penjuru.

Manakala semasa penggal pertamanya, beliau meraih undi dalam persaingan tujuh penjuru mencatat majoriti sebanyak 2,150 undi.

Sebanyak 15,213 pemilih turun mengundi manakala 160 kertas undi ditolak serta 38 kertas undi tidak dikembalikan.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan