Yusof Yacob sokong penuh calon PH DUN Sindumin

SIPITANG – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Dr Yusof Yacob menyatakan sokongan penuh kepada calon PH, Datuk Yamani Hafez Musa selepas tidak dipilih sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Yusof berkata, keputusan pucuk pimpinan Presiden GRS, Datuk Seri Hajiji Noor dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dihormati demi kesinambungan dan kestabilan politik di kawasan Dun Sindumin.

“Bila saya tidak jadi calon, bila diumumkan Yamani Hafez jadi calon, saya sudah membuat persetujuan dan tekad untuk memberi sokongan kepada beliau.

“Saya menghormati keputusan presiden saya, Datuk Hajiji Noor Saya menghormati keputusan PMX untuk meletakkan Datuk Yamani Hafez di kawasan sini.” katanya ketika ditemui wartawan TMP, pada Khamis.

Beliau mengakui terdapat rasa kecewa dalam kalangan sebahagian penyokongnya, namun menegaskan bahawa emosi akar umbi tidak mempengaruhi pendiriannya.

“Memang di bawah itu ada perasaan pengikut yang kecewa. Itu biasa.

“Tapi komitmen saya tidak berubah. Saya tetap membantu sepenuhnya,” katanya.

Menurutnya, bantuan yang diberikan bukan hanya tertumpu di kawasan utama, sebaliknya melibatkan beberapa lokasi lain termasuk pusat-pusat daerah mengundi yang diselaraskan jentera PH.

“Saya bukan membantu sini saja. Saya juga bantu di kawasan Lumadan, di kawasan penyokong yang marah-marah akan bertanding.

”Walaupun kita tidak masuk dalam jentera rasmi, saya sudah arahkan ahli-ahli PGRS bantu di pusat daerah mengundi (PDM) seperti dirancang jentera PH,” katanya.

Katanya lagi, bahawa tuduhan kononnya beliau melemahkan calon hanyalah khabar angin.

“Itu hanya khabar angin untuk melemahkan saya. Pilihan raya ini memang macam-macam.

“Kalau saya merajuk, saya tidaklah berada di sini. Saya tidaklah bersama-sama dengan calon,” jelasnya.

Beliau berkata dirinya bahkan telah mengadakan dua sesi pertemuan dengan Yamani Hafez bagi membincangkan perancangan kempen.

“Saya sendiri memanggil calon dan berbincang dua kali. Kalau saya mahu menentang, saya boleh jadi calon bebas.

“Penyokong saya pun ada. Tapi kita ikut keputusan pimpinan,” katanya.

Menurutnya, jentera di lapangan turut dipengaruhi pelbagai parti lain, namun hubungan kerja dengan gabungan perlu diperkukuh.

“Yang lain-lain parti pun ada jentera mereka. Tapi bagi saya, kita sudah jumpa dengan calon ini.

“Kita mahu hubungan baik dengan PH. Hubungan yang baik, bersama-sama,” katanya.

Beliau berharap kerjasama antara GRS dan PH dapat menghasilkan keputusan positif kepada kawasan tersebut.

Related Posts

AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa semua pihak tidak mempolitikkan kemelut institusi diraja Negeri Sembilan, sebaliknya menghormati kedudukan Raja-Raja Melayu dan memastikan sebarang pertikaian diselesaikan mengikut lunas undang-undang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak perlu ditingkatkan

KOTA KINABALU – Peruntukan pembangunan untuk Sabah dan Sarawak dalam Belanjawan 2027 diharap sekurang-kurangnya dikekalkan pada kadar semasa atau ditingkatkan berdasarkan kemampuan kewangan negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang

AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang

Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid

Lapan laluan Bas.My dijajar semula, liputan capai 70 peratus kawasan utama DBKK

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Lapan laluan Bas.My dijajar semula, liputan capai 70 peratus kawasan utama DBKK

Living Lab berpotensi jadi model pembangunan komuniti Sabah, Sarawak

Living Lab berpotensi jadi model pembangunan komuniti Sabah, Sarawak

Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak perlu ditingkatkan

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak perlu ditingkatkan

Baki RM900 juta Pemberian Khas Sabah dijangka dibayar sebelum hujung tahun

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Baki RM900 juta Pemberian Khas Sabah dijangka dibayar sebelum hujung tahun