PMX beri jaminan masalah bekalan air Sabah selesai tahun depan

PETAGAS – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan masalah bekalan air yang sering berlaku di Sabah akan diselesaikan pada tahun depan.

Anwar berkata, Kerajaan Persekutuan telah menambah peruntukan perbelanjaan sebanyak RM1 bilion kepada Sabah untuk menyelesaikan masalah itu.

“Soal air (ini) bukan kita janji. Sudah mula dilaksanakan. Insya-Allah, tahun depan selesai kebanyakan masalah air di Sabah.Ini bukan jadi pilihan raya. Ini dua tahun dah projek ini sudah jalan. siap tahun depan.

“Ada orang kata, menang saya tahun depan siap. Iyalah menang. Kamu kerja (sedangkan) kami sudah kerja. Tahun depan siap (masalah bekalan air diselesaikan),” katanya ketika berucap pada Karnival Harapan Urang Sabah Petagas, pada Khamis.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Presiden PKR mengharapkan undi diberikan kepada calon PH di Dewan Undangan Negeri (DUN), Petagas, Datuk Awang Husaini Sahari.

Beliau berkata, pemilihan beliau boleh menjadi penghubung antara rakyat di situ dalam membawa permasalahan dihadapi di kawasan itu kepada Kerajaan Persekutuan.

“Awang Husaini menang di Petagas, dia boleh ‘direct line’ dengan saya. Kalau orang lain kena tunggulah. Ada masalah di sini saya akan terus bantu.

“Kalau mahu berjaya Sabah. Mesti kerjasama dengan Persekutuan. Kalau Persekutuan mahu seluruh negaranya maju. Dia mesti baik dengan negeri. Jadi kalau mana-mana parti. Mahu kerjasama. Kita baik-baik bersama,” katanya.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan terus melaksanakan tindakan terhadap isu anjing liar yang boleh mengancam keselamatan awam, namun penguatkuasaannya mesti dilakukan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak bersifat kejam. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang