Bersatu terus bergolak, Ketua Bahagian Puchong dipecat

MASALAH dalaman parti Bersatu terus meruncing apabila Ketua Bahagian Puchong, Mohd Shukor Mustaffa pula dipecat, hari ini.

Dalam satu notis bertarikh 17 November 2025, yang ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin, Datuk Mohd Radzi Manan memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Lembaga Disiplin pada 6 November 2025.

Pemecatan ini menjadikan jumlah ketua-ketua bahagian Bersatu yang dipecat ketika ini seramai enam orang.

Berdasarkan surat pemecatan, Mohd Shukor dipecat daripada semua hak keahlian parti di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu.

Beliau didakwa melakukan pelanggaran terhadap Fasal 9.1.4, satu kesalahan disiplin yang membawa kepada pemecatan serta-merta.

Notis itu turut menegaskan bahawa keputusan berkuat kuasa sebaik sahaja surat dikeluarkan.

Namun begitu, Mohd Shukor diberikan peluang mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis tersebut.

Bulan lalu, Ketua Bahagian Bangi, Datuk Wan Saiful Wan Jan serta empat lagi ketua bahagian Bersatu turut dipecat termasuk Mohd Azrudin Md Idris (Hang Tuah Jaya), Mohd Faizal Asmar ( Pengerang), Mohd Fadhli Ismail  Ipoh Timur) dan Mohd Isa Mohd Saidi  Ampang).

Ahli Parlimen Machang, Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal pula digantung keahlian selama sepanggal.

Related Posts

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencabar Perdana Menteri menjawab persoalan berkaitan integriti dan beberapa isu yang didakwa masih belum mendapat penjelasan tuntas. Akmal berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

KUALA LUMPUR –  Wanita UMNO mahu semangat yang dicetuskan dalam Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2026 diterjemahkan kepada gerak kerja di lapangan, dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menjadi medan seterusnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula