Masalah banjir kilat di Indera Sempurna sedang diatasi

KUANTAN – Isu perparitan dan banjir kilat di Taman Indera Sempurna yang disuarakan wakil penduduk dalam sesi Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian pada 11 November lalu mendapat perhatian segera Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Susulan aduan itu, lawatan tapak bagi mengenal pasti masalah sebenar yang berlaku di Taman Indera Sempurna dilakukan semalam.

Wan Rosdy memaklumkan, lawatan itu dilakukan Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Nazri Abu Bakar bersama agensi berkaitan.

“Fokus utama adalah untuk meneliti kerosakan dan permasalahan pada longkang utama serta masalah banjir berulang yang menjejaskan penduduk setempat,” katanya melalui hantaran di Facebook.

Wan Rosdy menjelaskan, beberapa tindakan sudah diambil pihak berwajib dalam menangani masalah itu.

“Insya-Allah, segala permasalahan dihadapi penduduk Taman Indera Sempurna dapat diselesaikan dalam masa terdekat,” ujarnya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok