Jom Main Boi edisi ke-6 labuhkan tirai, Kamlot rangkul kejuaraan bergaya

SARATOK – Pasukan Kamlot meraih gelaran juara Piala Saberkas Kalaka Jom Main Boi edisi ke-6 selepas menang dalam penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir yang berlangsung meriah seterusnya menundukkan seteru mereka, Kamesa.

Pada edisi kali ini, Kamlot dilihat gah dalam kejohanan setelah merangkul kejuaraan berganda apabila menjadi juara liga dan juara Piala Saberkas Kalaka menjadikannya satu-satunya pasukan yang tidak pernah kalah dalam semua perlawanan meskipun diberi tentangan hebat oleh kesemua pasukan.

Pengerusi Saberkas Cawangan Kalaka, Abadi Hussein berkata, kejohanan kali ini dilihat mendapat sambutan begitu menggalakkan selepas kira-kira seramai 118 orang pemain di sekitar DUN Kalaka telah mendaftar.

Katanya, tujuan utama penganjuran kejohanan ini adalah bagi memupuk semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan antara pemain veteran dan senior, menggalakkan serta merapatkan hubungan silaturrahim, perpaduan komuniti tanpa mengira latar belakang dalam membina gaya hidup sihat melalui penglibatan aktif dalam sukan.

“Kita akan cuba meneruskan kejohanan sebegini pada tahun depan. Jika sesuai, masa kejohanan pun kita akan pilih ketika berlangsungnya Piala Dunia 2026 bagi memberi lebih aura dan semangat kejohanan.

“Setelah kali terakhir diadakan kira-kira 5-6 tahun yang lalu ekoran COVID-19, kali ini kejohanan Jom Main Boi telah mendapat sambutan semula. Ramai peserta yang telah mendaftar untuk menyertai pertandingan,” katanya ketika berucap, pada Sabtu.

Jelas beliau lagi, keunikan kejohanan ini adalah di mana para pemain akan diundi secara rawak dalam pasukan sekaligus mewujudkan satu pasukan campuran yang lebih seimbang dengan yuran penyertaan hanya RM20 seorang.

“Semoga dengan penganjuran kejohanan seperti ini mampu mencungkil semula bakat-bakat anak tempatan khususnya dalam kawasan Saratok,” ujar beliau.

Terdahulu, pasukan Kamlot telah membawa pulang piala liga, hadiah kemenangan berjumlah RM1,500 beserta piala dan pingat. Manakala Kamesa selaku naib juara membawa pulang wang tunai RM1,000 beserta pingat.

Tempat ketiga bersama dimenangi oleh pasukan Melbar dan Katansa dengan masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM500 beserta pingat.

Untuk rekod, pada edisi kali ini, kejohanan anjuran Kelab Pagan Croc Saratok itu menampilkan enam pasukan iaitu Melbar, Kamlot, Kamesa, Katansa, Jabura dan Kamela.

Kesemua nama pasukan yang menyertai pertandingan adalah hasil daripada akronim berdasarkan beberapa nama kampung-kampung yang terdapat di sekitar Saratok.

Kejohanan ini berlangsung dari 27 September hingga 16 November 2025 dengan semua perlawanan dijadual hanya diadakan pada hujung minggu sahaja.

Foto: Pagan Croc Saratok

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok