Gelaran juara Masters Kumamoto milik Pearly-Thinaah

PEARLY Tan-M Thinaah melakar sejarah tersendiri apabila muncul wakil pertama Malaysia menjuarai Masters Kumamoto di Jepun, selain merekodkan gelaran ketiga dalam siri Jelajah Dunia BWF, tengah hari tadi.

Pasangan beregu nombor dua dunia itu mempamerkan kebangkitan luar biasa dalam kedua-dua set untuk menundukkan gandingan tuan rumah yang menghuni ranking ketujuh dunia, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi, 22-20, 21-19 pada aksi final di Gimnasium Wilayah Kumamoto.

Kejayaan itu turut mengulangi skrip kemenangan mereka di pentas final Terbuka Artik di Finland, bulan lalu, sekali gus melebarkan rekod cemerlang ke atas pasangan Jepun berkenaan.

Pearly-Thinaah kini mendahului rekod pertemuan dengan 6-2.

Naib juara dunia itu bermula perlahan dengan ketinggalan 0-7 dan 5-11, malah berada di ambang kehilangan set pertama selepas tertinggal 15-20.

Semangat juang tinggi menyaksikan mereka mengutip tujuh mata berturut-turut untuk menoktahkan kemenangan 22-20.

Dalam set kedua, Iwanaga-Nakanishi sekali lagi memulakan permainan dengan tempo tinggi apabila mendahului 8-3 dan 11-9 sebelum interval.

Namun, Pearly-Thinaah terus menampilkan disiplin permainan kemas untuk menyamakan kedudukan 14-14 sebelum menang 21-19 dalam tempoh 54 minit.

Pearly-Thinaah kini bergelar juara Malaysia pertama dalam kejohanan yang mula diperkenalkan pada tahun 2023, mengatasi pencapaian terbaik negara sebelum ini menerusi perseorangan lelaki, Leong Jun Hao, yang muncul naib juara tahun lalu.

Selaku juara, Pearly-Thinaah membawa pulang hadiah wang tunai AS$37,525 (RM155,071), manakala Iwanaga-Nakanishi meraih AS$18,050 (RM74,591) sebagai naib juara.

Related Posts

Permintaan tinggi, Tiket MADANI F1 GP Bahrain di Sepang habis terjual

TIKET MADANI yang berharga serendah RM200 bagi perlumbaan Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2-4 Oktober ini, sudah habis terjual, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arsenal angkat Perisai Komuniti, tewaskan City 3-0

ARSENAL membelasah Manchester City 3-0 pada aksi Perisai Komuniti di Stadium Principality sebentar tadi, sekali gus memberikan Enzo Maresca, kekalahan pertamanya sebagai pengurus The Citizens. Arsenal membuka tirai jaringan selepas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok