MB Kedah tidak perlu bangkitkan perkara 200 tahun lalu – Exco P.Pinang

GEORGETOWN – Seorang Exco Pulau Pinang hari ini menyifatkan langkah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memulakan proses undang-undang berhubung isu kedudukan dan hubungan kedua-dua negeri itu sebagai ‘membangkitkan perkara lama’ berusia lebih 200 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai berkata, tindakan pemimpin Kedah itu amat dikesali memandangkan kedaulatan Pulau Pinang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan 1957.

“Menurut Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan 1957, Pulau Pinang disenaraikan sebagai satu daripada negeri membentuk Persekutuan yang sama taraf dengan negeri lain.

“Ini bukan saja pengiktirafan daripada segi perundangan, tetapi juga mencerminkan kedudukan penting Pulau Pinang dalam struktur sejarah dan Persekutuan Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hon Wai berkata, Perlembagaan Persekutuan 1957 membuka lembaran baharu dalam sejarah Pulau Pinang, sekali gus mengatasi segala dokumen atau perjanjian yang berlaku sebelum itu.

“Tindakan Menteri Besar Kedah membangkitkan perkara lama yang melebihi 200 tahun ini amat dikesali.

“Sepatutnya beliau menjuruskan tenaga untuk menarik pelaburan dan merancang pembangunan di Kedah, bukannya memulakan satu polemik yang tidak berhasil,” katanya.

Semalam, Sanusi dilaporkan berkata, Kedah dalam fasa akhir memuktamadkan pelantikan pasukan guaman bagi memulakan tindakan perundangan berhubung isu kedudukan dan hubungan negeri itu dan Pulau Pinang.

Beliau berkata, langkah itu susulan keprihatinan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Badlishah yang menzahirkan keperluan supaya isu berkenaan dijelaskan secara telus termasuk perkara berkaitan pajakan.

Pada 2021, Kerajaan Kedah menuntut bayaran sebanyak RM100 juta daripada Kerajaan Persekutuan selepas ia tidak pernah dinilai semula sejak 1786.

Related Posts

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu bagi menyiasat pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH). Ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

KUALA LUMPUR – Penangguhan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bertujuan memberi peluang kepada Lembaga Tabung Haji (TH) melaksanakan syor yang dicadangkan serta ruang dan masa untuk memulihkan organisasi itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit