Sabah catat KDNK tertinggi pasca COVID-19, RMK13 pacu pertumbuhan baharu

KOTA KINABALU – Sabah bakal melangkah ke era pembangunan lebih rancak apabila memasuki Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bermula tahun 2026 hingga 2030, dengan peruntukan pembangunan berjumlah RM6.9 bilion bagi tahun pertama pelaksanaannya antara tertinggi diterima oleh negeri di Malaysia.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kabinet Negeri Sabah pada 4 Jun 2025 turut meluluskan siling perbelanjaan pembangunan di bawah RMK13 sebanyak RM12.02 bilion, merangkumi 1,173 program dan projek pembangunan, iaitu peruntukan pembangunan tertinggi dalam sejarah negeri.

Jelasnya, pelaksanaan RMK13 dijangka mempercepatkan pertumbuhan sosioekonomi Sabah melalui projek berimpak tinggi dan pengukuhan dasar ekonomi negeri secara menyeluruh.

“Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah turut menunjukkan prestasi kukuh apabila meningkat daripada RM77.80 bilion pada tahun 2020 kepada RM84.30 bilion pada tahun 2024, tertinggi sejak pandemik COVID-19.

“Ia mempamerkan daya tahan ekonomi negeri meskipun berdepan persekitaran global yang mencabar berikutan ketegangan geopolitik, ketidaktentuan pasaran komoditi serta kelembapan ekonomi antarabangsa.

“Bagi tahun 2025 dan 2026, momentum pertumbuhan negeri dijangka terus mengukuh melalui pelaksanaan projek berimpak tinggi, dengan unjuran peningkatan sekitar 1.5 hingga 2 peratus,” katanya semasa berucap semasa Konvensyen Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau berkata, kadar inflasi negeri pada tahun 2024 kekal terkawal pada 1.2 peratus, iaitu lebih rendah berbanding kadar inflasi nasional sebanyak 1.8 peratus.

“Pencapaian ini mencerminkan keberkesanan dasar fiskal kerajaan dan hasil pelaksanaan skim rangsangan seperti Skim Pinjaman Kredit Mikro yang telah menyalurkan pinjaman bernilai RM2.37 juta kepada 1,210 permohonan setakat ini,” katanya.

Dalam memastikan kecekapan penyampaian perkhidmatan, Hajiji berkata, kerajaan telah membangunkan Polisi Amalan Baik Peraturan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran serta menghapuskan peraturan yang tidak efektif terhadap ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Sepanjang lima tahun ini, sebanyak 48 Rang Undang-Undang (RUU) pindaan dan baharu diperkenalkan untuk memastikan objektif tersebut tercapai,” katanya.

Selain itu, Hajiji berkata, pendigitalan perkhidmatan awam pula menjadi teras kepada transformasi pentadbiran, katanya sambil menambah bahawa Sabah Data Integration and Interchange Platform (Sabah DIIP) telah dibangunkan di bawah Pelan Strategik Pendigitalan Kerajaan Negeri.

“Di samping itu juga, Kerajaan telah mencatatkan lebih 10,000 akaun aktif platform Google Workspace yang disediakan kepada kakitangan Kerajaan untuk mempertingkat kualiti kesalinghubungan dan produktiviti penjawat awam.

“Sehubungan itu, sebanyak 290 buah projek sistem aplikasi dibangunkan dan dilaksana di seluruh negeri, manakala 53 lagi Projek Pendigitalan Perkhidmatan Awam sedang giat dilaksanakan ke arah transformasi digital,” katanya.

Related Posts

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu bagi menyiasat pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH). Ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

KUALA LUMPUR – Penangguhan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bertujuan memberi peluang kepada Lembaga Tabung Haji (TH) melaksanakan syor yang dicadangkan serta ruang dan masa untuk memulihkan organisasi itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit