PRU17: Hajiji sahkan Rubin calon GRS bagi kerusi Kemabong

TENOM – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengesahkan Datuk Rubin Balang akan mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan (DU) Kemabong pada Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) DU Sabah yang akan berlangsung pada 29 November ini.

Hajiji berkata, pemilihan Rubin dibuat berdasarkan rekod perkhidmatan serta sokongan akar umbi yang kukuh di kawasan berkenaan.

“Dengan jentera yang kukuh dan sokongan padu daripada pengundi di Kemabong, insya-Allah Datuk Rubin Balang akan sekali lagi memenangi pilihan raya ini,” katanya semasa berucap pada pelancaran Jentera Pilihan Raya GRS bagi Parlimen Tenom di Dataran Daerah Kecil Kemabong, di sini, pada Sabtu. 

Dalam pada itu, Hajiji turut berkata bahawa Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran GRS telah mengeluarkan hampir 40,000 ekar tanah daripada kawasan konsesi Sabah Forest Industry (SFI) untuk dijadikan rizab kampung sebagai langkah memenuhi keperluan rakyat luar bandar.

“Kerajaan Negeri GRS telah mewartakan rizab kampung ini sebagai bukti bahawa kerajaan peka terhadap keperluan rakyat. 

“Kita mahu rakyat hidup dengan selesa. Di bawah Pelan Pembangunan Hala Tuju SMJ, salah satu tonggaknya ialah kemakmuran rakyat, sebab itu kita mengutamakan kebajikan mereka,” ujarnya.

Beliau berkata, dasar pembangunan negeri kekal berasaskan kesejahteraan rakyat di bawah pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), dengan agenda kemakmuran dan kebajikan menjadi keutamaan.

Hajiji berkata, Sabah kini mencatatkan peningkatan jumlah penerima bantuan kebajikan daripada 30,000 orang kepada hampir 70,000 orang di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri sekarang.

Selain itu, katanya, negeri ini turut memperoleh manfaat besar hasil Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) dengan Petronas yang memperkukuh kedudukan Sabah dalam sektor minyak dan gas.

“Dalam sektor perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE), kini terdapat lebih 80 vendor tempatan yang terlibat berbanding hanya 10 pada tahun 2022,” katanya.

Beliau berkata, GRS kekal fokus terhadap agenda pembangunan dan menolak politik retorik.

“Kita tidak bermain politik, tidak membuat janji kosong. Kita mempunyai agenda pembangunan, sedangkan pembangkang sanggup berjanji bulan dan bintang,” katanya.

Hajiji menambah, sekiranya rakyat memberikan semula mandat kepada GRS, kerajaan akan meneruskan kesinambungan pembangunan melalui pelaksanaan Hala Tuju SMJ 2.0 bagi memastikan kemakmuran terus dirasai seluruh rakyat Sabah.

Related Posts

PM arah siasatan segera, telus kematian pelajar di Yong Peng

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus bagi mengenal pasti punca kematian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teguk petrol macam minum air, Malaysia diingatkan jangan ulang silap Eropah

MALAYSIA perlu mengambil iktibar daripada krisis bekalan minyak dan gas yang sedang menghimpit Eropah supaya tidak terperangkap dalam keputusan politik jangka pendek, yang akhirnya membebankan rakyat pada masa depan. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM arah siasatan segera, telus kematian pelajar di Yong Peng

PM arah siasatan segera, telus kematian pelajar di Yong Peng

Belanjawan 2027 perlu fokus lonjak pendapatan peneroka, generasi kedua FELDA

Belanjawan 2027 perlu fokus lonjak pendapatan peneroka, generasi kedua FELDA

Teguk petrol macam minum air, Malaysia diingatkan jangan ulang silap Eropah

Teguk petrol macam minum air, Malaysia diingatkan jangan ulang silap Eropah

Tiga pelajar ditahan disyaki ada kaitan kematian Irene Sofiya

  • By Aden
  • October 4, 2026
Tiga pelajar ditahan disyaki ada kaitan kematian Irene Sofiya

Belanjawan 2027: Rakyat mahu STR diteruskan, bantuan pelajar diperluas

Belanjawan 2027: Rakyat mahu STR diteruskan, bantuan pelajar diperluas

Perlawanan persahabatan erat hubungan kerajaan, ketua masyarakat

Perlawanan persahabatan erat hubungan kerajaan, ketua masyarakat