BN Sabah perkenal AI Chatbot, pendekatan baharu dekati pengundi muda

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) Sabah memperkenalkan inisiatif teknologi baharu, AI Chatbot BN Sabah, sebagai platform interaktif bagi memperkenalkan calon-calon BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) Dewan Undangan (DU) Sabah.

Pengerusi BN Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata, langkah itu mencerminkan kesungguhan BN untuk beradaptasi dengan perubahan zaman dan kehendak generasi baharu.

“BN bukan sekadar parti bersejarah, tetapi parti yang terus bergerak seiring kemajuan teknologi dan aspirasi rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu. 

Zahid menyifatkannya sebagai langkah strategik parti untuk mendekati pengundi muda serta memodenkan cara komunikasi dalam era digital.

Jelas beliau, AI Chatbot BN Sabah berfungsi sebagai medium interaktif yang membolehkan rakyat, khususnya golongan muda dan pengundi baharu, mengenali calon-calon BN dengan lebih dekat, memahami latar belakang mereka, serta mengikuti aktiviti kempen dan dasar perjuangan parti di seluruh negeri.

“Selain memperkenalkan calon, platform ini juga menjadi sebahagian daripada usaha BN Sabah menangani penularan berita palsu menjelang pilihan raya.

“Chatbot ini akan menyalurkan maklumat sahih dan rasmi secara terus kepada rakyat, memastikan setiap maklumat yang diterima adalah tepat dan berfakta,” katanya.

Platform tersebut boleh diakses melalui dua saluran utama iaitu laman sesawang www.prnsabah.com dan Facebook rasmi BNComm Sabah.

Chatbot berasaskan kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya itu direka secara mesra pengguna dan mampu menjawab pelbagai soalan berkaitan calon, manifesto, jadual kempen serta pencapaian BN di Sabah.

AI Chatbot BN Sabah dijadual beroperasi sepenuhnya mulai 12 November ini, bertepatan dengan fasa kempen utama menjelang PRU17 DU Sabah.

Related Posts

PM arah siasatan segera, telus kematian pelajar di Yong Peng

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus bagi mengenal pasti punca kematian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teguk petrol macam minum air, Malaysia diingatkan jangan ulang silap Eropah

MALAYSIA perlu mengambil iktibar daripada krisis bekalan minyak dan gas yang sedang menghimpit Eropah supaya tidak terperangkap dalam keputusan politik jangka pendek, yang akhirnya membebankan rakyat pada masa depan. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM arah siasatan segera, telus kematian pelajar di Yong Peng

PM arah siasatan segera, telus kematian pelajar di Yong Peng

Belanjawan 2027 perlu fokus lonjak pendapatan peneroka, generasi kedua FELDA

Belanjawan 2027 perlu fokus lonjak pendapatan peneroka, generasi kedua FELDA

Teguk petrol macam minum air, Malaysia diingatkan jangan ulang silap Eropah

Teguk petrol macam minum air, Malaysia diingatkan jangan ulang silap Eropah

Tiga pelajar ditahan disyaki ada kaitan kematian Irene Sofiya

  • By Aden
  • October 4, 2026
Tiga pelajar ditahan disyaki ada kaitan kematian Irene Sofiya

Belanjawan 2027: Rakyat mahu STR diteruskan, bantuan pelajar diperluas

Belanjawan 2027: Rakyat mahu STR diteruskan, bantuan pelajar diperluas

Perlawanan persahabatan erat hubungan kerajaan, ketua masyarakat

Perlawanan persahabatan erat hubungan kerajaan, ketua masyarakat