53,245 pasangan Islam sah cerai hingga September lalu

PUTRAJAYA – Seramai 53,245 pasangan beragama Islam di seluruh negara bercerai dalam tempoh sembilan bulan tahun ini.

Selangor merekodkan jumlah kes perceraian tertinggi iaitu 10,774 kes, diikuti Johor (6,078), Kedah (4,582), Perak (3,908) dan Kelantan (3,820).

Manakala Sabah pula merekodkan 3,810 kes perceraian diikuti Pahang (3,767), Terengganu (3,647), Wilayah Persekutuan (3,397), Negeri Sembilan (2,679), Sarawak (2,233), Pulau Pinang (2,026), Melaka (1,793) dan Perlis (731).

Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syarie Malaysia (JKSM), Datuk Mohd Amran Mat Zain berkata, angka direkodkan itu membabitkan kes perceraian yang sudah disahkan Mahkamah Syariah dan ia tidak termasuk kes pada peringkat permohonan.

Jenis kes perceraian dicatatkan pula termasuk permohonan perceraian dengan lafaz cerai di depan hakim sebanyak 31,845 kes, pengesahan lafaz cerai dilafazkan bukan depan hakim (15,972), taklik (1,257), tuntutan fasakh (4,090) dan tebus talak (81).

JKSM mengenal pasti lima punca utama kepada kes perceraian termasuk membabitkan isu culas dalam tanggungjawab dan pembabitan dalam jenayah.

Punca berkaitan jenayah direkodkan ialah apabila pasangan yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah atau perlakuan jenayah lain.

“Antara punca lain adalah kegagalan suami atau isteri menunaikan tanggungjawab masing-masing, termasuk gagal memberi nafkah (bagi suami), bersikap kasar atau mendera serta menghilangkan diri, tiada persefahaman, masalah kewangan atau curang,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Bagaimanapun, katanya, dalam semua kes permohonan perceraian, mahkamah akan memastikan supaya ia tidak berakhir dengan perpisahan pasangan menerusi usaha mediasi atau perdamaian (sulh).

“Setiap permohonan perceraian akan disaring mengikut peruntukan undang-undang Islam, termasuk mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam.

“Mahkamah akan menilai asas permohonan dan melihat sama ada ia memenuhi syarat hukum syarak.

“Dalam banyak kes, mediasi dijalankan dahulu, jika berjaya, pasangan boleh berdamai.

“Jika tidak, barulah mahkamah mengesahkan perceraian melalui lafaz yang sah,” katanya.

Related Posts

‘Tak payah ambil Grab dah’ – Netizen teruja LRT3 percuma sebulan

SHAH ALAM – Pengumuman tambang percuma selama sebulan bagi Laluan Rel Transit 3 (LRT3) Shah Alam disambut positif oleh orang ramai yang melihat kemudahan baharu itu mampu menjimatkan kos perjalanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima stesen baharu LRT3 dibina hujung tahun ini, My50 diperluas mulai Ogos

KLANG – Kerajaan mengesahkan pembinaan lima stesen baharu bagi Laluan Rel Transit Ringan 3 (LRT3) Shah Alam akan bermula hujung tahun ini bagi memperkukuh rangkaian pengangkutan awam di Lembah Klang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Apabila strategi mengatasi prinsip, siapa sebenarnya dapat manfaat?

PRN Johor: Apabila strategi mengatasi prinsip, siapa sebenarnya dapat manfaat?

Bantu B40 miliki lesen sah, 712 penduduk Lanang peroleh kelas B2

Bantu B40 miliki lesen sah, 712 penduduk Lanang peroleh kelas B2

Program KAWAN JKOM perkukuh jaringan kerjasama kerajaan, masyarakat Bawang Assan

Program KAWAN JKOM perkukuh jaringan kerjasama kerajaan, masyarakat Bawang Assan

Bomba Komuniti benteng awal cegah kebakaran di Limbang

Bomba Komuniti benteng awal cegah kebakaran di Limbang

Ngiling Bidai PDMK cerminan keharmonian budaya Dayak dan keluhuran syariat Islam

Ngiling Bidai PDMK cerminan keharmonian budaya Dayak dan keluhuran syariat Islam

‘Tak payah ambil Grab dah’ – Netizen teruja LRT3 percuma sebulan

‘Tak payah ambil Grab dah’ – Netizen teruja LRT3 percuma sebulan