Program KAWAN JKOM perkukuh jaringan kerjasama kerajaan, masyarakat Bawang Assan

NANA MOHAMAD & EVELINE B

SIBU – Penganjuran Program KAWAN bertemakan ‘Dari Komuniti, Untuk Komuniti’ anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) menjadi platform terbaik bagi memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, program itu penting bagi memastikan penyampaian maklumat berhubung dasar dan inisiatif kerajaan dapat disalurkan dengan tepat, sahih serta berkesan.

Menurut beliau, pembangunan komuniti di sesebuah kawasan tidak seharusnya bergantung kepada usaha pihak kerajaan semata-mata, sebaliknya memerlukan komitmen menyeluruh pelbagai pihak.

“Semangat kerjasama dan kebersamaan inilah yang menjadi asas kepada pembangunan komuniti yang lebih mampan.

“Program ini juga membuka ruang kepada masyarakat untuk berkongsi pandangan, menyalurkan isu setempat serta memperkukuh jaringan kerjasama bersama agensi kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program berkenaan di Rumah Panjang Unjah Sungai Melanggan pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau menggesa masyarakat agar menjadi ejen penyampai maklumat yang bertanggungjawab dengan memastikan setiap perkongsian adalah tepat dan tidak mengelirukan, khususnya pada era lambakan digital.

Terdahulu, pelbagai pengisian bermanfaat telah disediakan untuk komuniti setempat, antaranya ceramah Kempen Internet Selamat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Cawangan Sibu bagi memberi pendedahan mengenai keselamatan siber dan pencegahan jenayah dalam talian.

Turut diadakan ialah sesi perkongsian oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Cawangan Sibu yang menggalakkan ibu bapa membuat persediaan awal kewangan pendidikan anak-anak menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Related Posts

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

PADANG BESAR – Sekali pandang seperti tayar ganti biasa, namun di sebaliknya tersembunyi tangki minyak yang diubah suai dipercayai digunakan untuk menyeludup bahan api bersubsidi ke negara jiran. Helah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

KOTA SAMARAHAN – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menzahirkan rasa berpuas hati dengan kualiti penyiapan projek INTAN Leadership Development Park (I-LEAD) di Institut Tadbiran Awam Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA