Bomba Komuniti benteng awal cegah kebakaran di Limbang

LIMBANG – Penubuhan enam Pasukan Bomba Komuniti membabitkan 100 ahli di Zon 7 Limbang memperkukuh kesiapsiagaan masyarakat akar umbi dalam menghadapi insiden kebakaran dan kecemasan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, inisiatif proaktif itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan komuniti berdaya tahan serta responsif dalam pengurusan krisis peringkat awal.

Menurutnya, enam pasukan yang baharu direkrut itu melibatkan penduduk dari Kampung Pahlawan, Kampung Sembiling, Kampung Sayung, Kampung Gumaya, Kampung Tuna dan Kampung Benuas.

“Ahli-ahli Bomba Komuniti ini akan menjadi mata dan telinga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di peringkat kampung.

“Mereka berperanan menyampaikan maklumat keselamatan, melaksanakan kempen kesedaran serta memberi pendedahan penggunaan peralatan pemadaman asas kepada penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Program Bomba Komuniti, Fire Point dan Kempen Keselamatan Kebakaran Zon 7 JBPM Sarawak di Dewan Kampung Pahlawan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang mengingatkan masyarakat agar tidak memandang ringan aspek keselamatan memandangkan kebanyakan insiden kebakaran berpunca daripada kecuaian manusia dan kerosakan pendawaian elektrik.

Tambah beliau, kemajuan fizikal serta ekonomi di sesebuah kawasan perlu diseimbangkan dengan tahap keselamatan dan kesejahteraan masyarakat yang tinggi.

Justeru katanya, penganjuran program pembangunan komuniti seumpama itu akan sentiasa mendapat sokongan penuh daripada beliau.

Terdahulu, program yang turut memberi pendedahan mengenai penjagaan pili bomba serta keselamatan di air itu dianjurkan oleh JBPM Negeri Sarawak Zon 7 dengan kerjasama pelbagai agensi tempatan.

Related Posts

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

PADANG BESAR – Sekali pandang seperti tayar ganti biasa, namun di sebaliknya tersembunyi tangki minyak yang diubah suai dipercayai digunakan untuk menyeludup bahan api bersubsidi ke negara jiran. Helah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

KOTA SAMARAHAN – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menzahirkan rasa berpuas hati dengan kualiti penyiapan projek INTAN Leadership Development Park (I-LEAD) di Institut Tadbiran Awam Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA