Lima stesen baharu LRT3 dibina hujung tahun ini, My50 diperluas mulai Ogos

KLANG – Kerajaan mengesahkan pembinaan lima stesen baharu bagi Laluan Rel Transit Ringan 3 (LRT3) Shah Alam akan bermula hujung tahun ini bagi memperkukuh rangkaian pengangkutan awam di Lembah Klang Barat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, stesen tambahan itu melibatkan Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja dan Bandar Botanik, yang akan melengkapkan ekosistem mobiliti sepanjang laluan LRT3 Shah Alam.

“Lima stesen ini telah diluluskan dan pembinaannya dijangka mengambil masa kira-kira empat tahun untuk disiapkan,” katanya pada sidang media selepas pelancaran LRT3 Shah Alam hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan LRT3 Shah Alam yang menghubungkan Bandar Utama dan Johan Setia sepanjang 37.8 kilometer, selain mengumumkan tambang percuma selama sebulan bermula esok hingga 31 Julai.

Sebagai pelengkap kepada perkhidmatan rel itu, bas pengantara turut disediakan secara percuma sepanjang tempoh berkenaan bagi memudahkan pengguna ke stesen-stesen utama.

Anthony berkata, pihaknya menjangkakan laluan baharu itu akan digunakan kira-kira 60,000 penumpang setiap hari dengan operasi melibatkan 22 tren tiga gerabak.

Menurutnya, tren kini beroperasi pada selang kira-kira 7.5 minit pada waktu puncak, namun kekerapan itu akan dipertingkatkan secara berperingkat mengikut peningkatan jumlah penumpang.

“Semua projek rel memerlukan masa untuk mencapai tahap penggunaan optimum. Berdasarkan pengalaman MRT Kajang dan MRT Putrajaya, ia mengambil masa antara tiga hingga lima tahun sebelum jumlah penumpang meningkat dengan ketara.

“Kami akan terus memantau prestasi perkhidmatan dan menambah baik operasi, termasuk mengurangkan tempoh menunggu menerusi penambahan set tren pada masa depan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Anthony memaklumkan pas perjalanan tanpa had My50 akan diperluaskan ke LRT3 Shah Alam bermula 1 Ogos, sebaik sahaja tempoh tambang percuma berakhir.

Katanya, pemegang pas My50 boleh menggunakan laluan baharu itu tanpa sebarang bayaran tambahan, sekali gus menjadikan LRT3 sebahagian daripada rangkaian pengangkutan awam yang diliputi pas berkenaan.

Related Posts

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

KANGAR – Peranan media bukan sekadar melaporkan kejadian jenayah malah menjadi medium penting membantu polis memberi kesedaran mengenai keselamatan kepada masyarakat. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KETUA Pengarah Pendidikan dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan (KPM) sudah diminta mengadakan sesi khas bersama pemegang taruh berhubung pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pendekatan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP