Pembangkang tak sokong Belanjawan 2026 tapi minta macam-macam – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan menegur sikap Ahli Parlimen pembangkang yang meminta pelbagai bantuan daripada Kerajaan Persekutuan untuk kawasan masing-masing namun menolak menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 semasa pengundian di Dewan Rakyat pada Isnin.

Ahmad memaklumkan, tindakan terbabit dilihat tidak konsisten memandangkan pembangkang memilih untuk tidak menyokong belanjawan kerajaan, tetapi kemudian menuntut pelbagai peruntukan.

“Semalam (Ahli Parlimen) pembangkang tak sokong pun Belanjawan (2026), tetapi minta berjela-jela, macam malas saya nak menjawab. Kenapa tak sokong (Belanjawan 2026) semalam, lepas itu minta itu dan minta ini.

“Sedangkan, Mersing yang merupakan kawasan maritim dan pelancongan berpotensi untuk dimajukan sekiranya jaringan perhubungan seperti jalan raya yang baik dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya pada sesi jawapan Menteri di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen PN Mersing, Muhammad Islahuddin Abas yang bertanyakan berkenaan rancangan kerajaan untuk menaik taraf infrastruktur khususnya jalan raya yang dikatakan banyak bermasalah.

Menjawab kepada soalan Muhammad Islahuddin itu juga, Ahmad Maslan secara berseloroh berkata, “Saya akan fikirkan apabila kawasan Mersing bersama dengan Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan MADANI.”

Kenyataan itu menyebabkan Ahli Parlimen PN Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid mencelah, menyarankan supaya Ahmad meletak jawatan jika ‘malas’ menjawab.

Namun, Ahmad menjelaskan kenyataan ‘malas’ itu merujuk kepada tindakan sebahagian wakil rakyat pembangkang yang menurutnya, bukan sahaja tidak menyokong belanjawan, malah sering tidak hadir ketika sesi perbahasan.

Tidak mahu perang mulut itu berpanjangan, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Noor kemudiannya menjelaskan, beliau dari segi peraturan tidak boleh memaksa Menteri atau Timbalan Menteri untuk menjawab soalan tambahan yang diajukan.

“Tidak ada dalam buku peraturan jadi kita teruskan kepada urusan majlis (sidang Dewan Rakyat),” katanya.

Related Posts

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

SUBANG – Seramai 11 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berlepas ke Nepal hari ini bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dan operasi mencari serta menyelamat susulan bencana yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur telah menahan reman seorang pemilik syarikat perundingan, pengurusan dan perniagaan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30,000 Perkara itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

  • By Aden
  • September 5, 2026
11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16