Bantu B40 miliki lesen sah, 712 penduduk Lanang peroleh kelas B2

SIBU – Seramai 712 penduduk di sekitar Parlimen Lanang berjaya memperoleh lesen motosikal Kelas B2 menerusi Program Bantuan Lesen Memandu Tahun 2026 anjuran pusat khidmat parlimen berkenaan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau berkata, inisiatif tersebut bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) memiliki lesen memandu yang sah pada kos minimum.

Menurut beliau, pemilikan lesen itu secara tidak langsung mampu meningkatkan mobiliti dan kebolehpasaran golongan sasar terutamanya bagi menjana pendapatan dalam sektor logistik serta pengangkutan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Lesen Memandu Kelas B2 bagi program tersebut di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sacred Heart pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Alice memberitahu, program berkenaan diteruskan pada tahun ini susulan sambutan menggalakkan yang diterima pada tahun lalu, yang mana ia telah memanfaatkan seramai 1,650 peserta.

“Melihat kepada permintaan berterusan, pada tahun ini seramai 712 peserta telah berjaya memperoleh lesen Kelas B2 selepas memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Ini direalisasikan menerusi kerjasama strategik antara JPJ Sarawak, Pusat Khidmat Parlimen Lanang dan Akademi Memandu Suria Sibu Sdn Bhd bagi memastikan setiap latihan mematuhi piawaian,” jelasnya yang turut merakamkan penghargaan kepada semua rakan strategik terlibat.

Sementara itu, JPJ Sarawak dalam kenyataan berasingan memaklumkan bahawa program bantuan berkenaan adalah serampang dua mata bagi membantu golongan sasar mendapatkan lesen, selain meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya menerusi latihan berstruktur.

Related Posts

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

PADANG BESAR – Sekali pandang seperti tayar ganti biasa, namun di sebaliknya tersembunyi tangki minyak yang diubah suai dipercayai digunakan untuk menyeludup bahan api bersubsidi ke negara jiran. Helah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

KOTA SAMARAHAN – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menzahirkan rasa berpuas hati dengan kualiti penyiapan projek INTAN Leadership Development Park (I-LEAD) di Institut Tadbiran Awam Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA