PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump menggambarkan pertemuannya dengan pemimpin China, Xi Jinping, sebagai satu ‘kejayaan besar’.
Trump berkata, dia akan ke China pada bulan April tahun depan untuk rundingan baharu.
“Saya akan ke China pada bulan April dan beliau akan datang ke sini selepas itu, sama ada di Florida, Palm Beach atau Washington, DC,” kata Trump kepada wartawan di atas pesawat Air Force One.
“Banyak perkara kami selesaikan dalam rundingan pada hari Khamis di Busan, Korea Selatan.
Trump turut memuji Xi sebagai ‘seorang pemimpin hebat bagi sebuah negara yang sangat berkuasa’.






