Inkues Zara Qairina: Saksi ke-26 dakwa pernah baca diari, ada kata kesat terhadap ibunya

KOTA KINABALU – Seorang saksi kanak-kanak ke-26 dalam prosiding inkues kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir, mendakwa pernah membaca diari milik arwah tanpa pengetahuannya.

Menurut peguam Joan Goh, saksi berkata diari berkenaan mengandungi catatan yang memaparkan kata-kata kesat terhadap ibu arwah dan juga mengenai rakan sebiliknya.

“Saksi turut memaklumkan bahawa diari yang dibacanya merupakan buku lama yang pernah dikoyakkan oleh Zara sendiri, manakala diari lain tidak pernah dibaca.

“Namun saksi berkata dia sering melihat arwah menulis catatan peribadi ketika berada di bilik asrama,” katanya semasa ditemui selepas prosiding di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini, pada Rabu.

Menurutnya, pada malam 15 Julai 2025 sekitar pukul 10 malam, saksi berada di dalam bilik dan sempat melihat Zara sebelum terdengar suara dari bilik sebelah yang memanggil arwah.

“Beberapa minit kemudian, saksi dimaklumkan oleh pelajar lain bahawa Zara disyaki mencuri kad bank milik seorang pelajar lain dan telah dipanggil berjumpa dengan pelajar senior tingkatan empat di bilik asrama sebelah.

“Apabila mendengar perkara itu, saksi bersama rakan sebilik yang lain memeriksa beg sandang hitam milik Zara.

“Seorang pelajar menemui satu pin Jalur Gemilang di poket hadapan beg tersebut yang bertulis nama. Mereka turut memeriksa loker Zara namun tidak menjumpai apa-apa,” jelasnya.

Katanya lagi, saksi tidak mengetahui secara langsung apa yang berlaku ketika Zara berjumpa dengan pelajar senior berkenaan kerana tidak berada di bilik tersebut.

“Sekitar pukul 11 malam, saksi melihat Zara dalam keadaan seperti terganggu emosi.

“Zara masuk ke dalam bilik, mengambil bantal, menutup loker, kemudian berbaring di lantai sambil menangis di depan almari. Zara menjerit sambil berkata ‘aku nda curi bah, s**l’.

“Sebelum saksi tidur, Zara masih di atas lantai. Itu kali pertama saksi melihat Zara dalam keadaan begitu,” ujarnya.

Dalam pada itu, saksi berkata sepanjang pengetahuan saksi tidak pernah melihat Zara mempunyai sebarang konflik atau dibuli oleh pelajar lain di sekolah tersebut.

“Saksi juga tidak pernah melihat Zara menjerit atau menangis kecuali malam tersebut, mahupun dimarahi atau diganggu oleh sesiapa.

“Zara tidak pernah mengadu kepada saksi tentang sebarang gangguan atau tekanan yang dihadapinya,” katanya.

Related Posts

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu memperkukuh penguatkuasaan dan mempertahankan amalan tatakelola yang baik bagi mengekang kegiatan pencerobohan tanah tanpa kebenaran. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kegiatan berkenaan tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

KUALA LUMPUR – Perbelanjaan kerajaan bagi pemberian kebajikan dan bantuan kepada masyarakat, individu serta keluarga meningkat 380.8 peratus kepada RM20.36 bilion pada 2025 berbanding RM4.24 bilion pada 2024. Menurut Laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Kompaun parkir tertunggak boleh dipertimbang untuk bayaran ansuran

Kompaun parkir tertunggak boleh dipertimbang untuk bayaran ansuran