IKBN Kemasik juarai pertandingan hias pulut, angkat warisan kulinari Melayu

KEMASIK — Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik terus menyerlah dalam bidang kulinari tradisional apabila muncul juara Pertandingan Menghias Pulut sempena Sambutan Jubli Abad SK Chukai 2025 yang berlangsung di Arena Square Kemaman, baru-baru ini.

Dua pengajar berbakat, Muhammad Firdaus Abu Hasan dan Nurkhairul Ikhwan Amran, menawan hati juri menerusi hasil kreatif bertajuk Pulut Tepak Seri yang menggabungkan elemen tradisi dan sentuhan moden dalam satu persembahan yang memukau.

Pertandingan anjuran bersama Usahawanita Daerah Kemaman itu bertujuan memperkenalkan semula keunikan makanan Melayu di peringkat antarabangsa serta mendidik generasi muda menghargai seni kulinari klasik yang semakin terpinggir.

Menurut penganjur, program berkenaan bukan sekadar memelihara warisan, malah menggalakkan inovasi dalam bidang kulinari tempatan selaras dengan usaha kerajaan melahirkan tenaga muda berkemahiran tinggi dalam sektor vokasional.

Firdaus berkata, kemenangan itu menjadi bukti bahawa kemahiran tradisional masih mempunyai nilai komersial yang besar.

“Kejayaan ini membuktikan bahawa bidang kulinari bukan sekadar memasak, tetapi satu bentuk seni dan warisan yang perlu dipelihara. Kami mengambil masa hampir sebulan membuat kajian dan latihan bagi memastikan hasil terbaik,” katanya.

Beliau menjelaskan, tema Pulut Tepak Seri dipilih sebagai simbol keharmonian dan kepelbagaian rasa masyarakat Malaysia yang bersatu dalam satu hidangan.

Sementara itu, Nurkhairul Ikhwan berkata, penggunaan bahan tempatan Terengganu menjadi rahsia utama kejayaan mereka.

“Kami mahu menunjukkan bahawa makanan tradisi seperti pulut boleh diangkat menjadi karya seni yang bernilai tinggi serta sesuai diketengahkan di pentas antarabangsa,” ujarnya.

Pertandingan itu disifatkan sebagai platform penting dalam melestarikan warisan budaya tidak ketara negara — bukan sahaja memperkukuh identiti kulinari Melayu, malah merangsang minat usahawan muda untuk terus berinovasi dalam mengekalkan cita rasa warisan bangsa.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung