Dua lelaki ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

SARATOK – Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperhebat usaha membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah di daerah ini apabila dua lelaki tempatan ditahan dalam Op Tapis Khas yang dijalankan oleh Pasukan Task Force Cegah Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok pada 23 dan 24 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew Manggie berkata, tangkapan pertama dilakukan pada 23 Oktober hasil maklumat awam mengenai seorang individu yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah di Taman Seroja Indah, Saratok.

“Bertindak atas maklumat itu, pasukan Task Force yang diketuai SI Engelbert telah membuat serbuan di lokasi berkenaan dan menahan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun. Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, dalam operasi susulan pada 24 Oktober, pasukan sama menahan seorang lagi lelaki berusia 28 tahun di Jalan Lot Kampung Melayu Roban selepas menerima aduan awam mengenai individu disyaki menelan bahan terlarang di kawasan tersebut.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. Semakan lanjut turut mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes narkotik,” jelasnya.

Kedua-dua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau menegaskan pihak polis akan terus mempergiat operasi seumpama ini bagi memastikan daerah berkenaan bebas daripada ancaman dadah, di samping mengalu-alukan kerjasama orang awam dalam menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan tersebut.

Related Posts

Premier Sarawak rakam penghargaan kerajaan MADANI setuju kongsi kuasa bidang pelancongan

KUCHING – Kerajaan MADANI terus mempamerkan komitmen kukuh dalam menyelesaikan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) apabila bersetuju untuk menentukan satu formula khusus bagi perkongsian hasil antara kerajaan Persekutuan dengan Sarawak.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Seni instalasi jadi medium perkasa mesej kelestarian alam sekitar

KOTA KINABALU – Seni instalasi dilihat mampu memainkan peranan penting dalam membentuk identiti sesebuah bandar, selain menjadi medium berkesan untuk mendekatkan masyarakat dengan mesej berkaitan kelestarian alam sekitar. Pengerus Installation…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX