Belanjawan 2026 tidak pinggirkan pembangunan sukan negara

KERAJAAN mengumumkan peruntukan berjumlah lebih RM580 juta menerusi Belanjawan 2026, sekali gus memperkukuh komitmen terhadap pembangunan sukan negara secara menyeluruh.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan belanjawan di Dewan Rakyat, hari ini, mengumumkan peningkatan peruntukan lebih dua kali ganda berbanding RM230 juta disalurkan dalam Belanjawan 2025.

Lonjakan signifikan ini memberi isyarat bahawa agenda pembangunan sukan menjadi antara keutamaan kebangsaan merangkumi program sukan prestasi tinggi, pembangunan akar umbi serta penyediaan infrastruktur yang kondusif.

Perdana Menteri berkata, suntikan dana yang besar itu akan disalurkan kepada beberapa teras utama iaitu memperkasa program sukan berprestasi tinggi termasuk inisiatif utama seperti ‘Road to Gold’ dalam misi memburu pingat emas sulung Sukan Olimpik.

Ia diikuti persediaan kontinjen negara sebagai tuan rumah Temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN pada 2027, pemerkasaan atlet para dan sukan orang pekak, penyelenggaraan dan pembaikan kemudahan belia dan sukan seluruh negara serta naik taraf padang-padang sekolah KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) di seluruh negara.

“Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini lebih bermakna apabila gandingan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta Pearly Tan-M Thinaah melakar sejarah sebagai beregu campuran dan wanita pertama negara yang meraih kejayaan di Kejohanan Badminton Dunia.

“Lebih manis, kita turut membawa pulang 25 pingat emas, 16 perak dan 11 gangsa, sekali gus dinobat sebagai juara keseluruhan Sukan SEA Pekak 2025.

“Terbaru, Datuk Latif Romly sekali lagi memecahkan rekod sendiri dan meraih emas dalam acara lompat jauh di Kejohanan Olahraga Para Dunia,” katanya.

Selain itu, kerajaan turut bersetuju untuk menyediakan geran padanan berjumlah RM30 juta bagi menyokong persatuan sukan dan (pertubuhan bukan kerajaan) NGO bagi mengadakan program sukan rakyat.

Sebagai langkah tambahan untuk merancakkan lagi ekosistem sukan swasta, kerajaan turut memperkenalkan insentif percukaian yang lebih fleksibel.

Justeru, kerajaan bersetuju membenarkan organisasi yang diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk menggunakan sebahagian daripada pendapatan diterima bagi menjalankan aktiviti sukan.

Related Posts

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

SEBANYAK 180 pasukan dari seluruh negara bakal berentap dalam tujuh kategori pada Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 yang akan berlangsung di Stadium Hoki Wisma Belia Indera Mahkota, dari 9…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

PEMILIHAN Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dilihat bertepatan dengan keperluan memperkukuh kawalan pintu masuk negara, khususnya dalam membanteras kegiatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

  • By Fatin
  • October 1, 2026
Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

SARA bulanan mula dikredit hari ini

SARA bulanan mula dikredit hari ini