Kemudahan kewangan haji dipertingkat, had pengeluaran KWSP dinaikkan

BAKAL jemaah haji kini menikmati kemudahan kewangan yang lebih baik apabila kerajaan mengumumkan peningkatan had pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tujuan menunaikan ibadat haji daripada RM3,000 kepada RM10,000.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk meringankan beban kewangan rakyat, khususnya mereka yang berhasrat menunaikan rukun Islam kelima.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata, peningkatan had pengeluaran itu dijangka memberi manfaat kepada lebih ramai ahli KWSP yang memerlukan sokongan kewangan bagi menampung kos perjalanan dan perbelanjaan haji.

“Kerajaan bersetuju supaya had pengeluaran KWSP untuk tujuan menunaikan ibadat haji ditingkatkan kepada RM10,000 berbanding RM3,000 sebelum ini,” katanya semasa pembentangan cadangan tersebut.

Selain itu, beliau turut mengumumkan peluasan kemudahan pengeluaran awal gantian award wang tunai gantian cuti rehat (GCR) kepada penjawat awam bagi tujuan yang sama.

“Penjawat awam kini dibenarkan membuat pengeluaran awal GCR bagi tujuan menunaikan haji, tertakluk kepada had maksimum RM10,000 dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM10 juta,” ujarnya.

Related Posts

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

PEMANSUHAN Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) disifatkan sebagai realisasi perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejak beliau menjadi aktivis mahasiswa. Penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai laporan audit Tabung Haji (TH) perlu diperjelaskan secara menyeluruh bagi mengelakkan kekeliruan dan manipulasi politik berhubung penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), kata Datuk Dr Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian