Usaha pemerkasaan wanita dipertingkat dalam Belanjawan 2026

KERAJAAN terus komited memperkasa peranan wanita dalam pelbagai bidang termasuk kepimpinan korporat, keibubapaan dan keusahawanan menerusi beberapa inisiatif penting yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2026.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyertaan wanita dalam kepimpinan syarikat tersenarai awam telah mencatat kemajuan apabila 45 peratus daripadanya kini memenuhi syarat sekurang-kurangnya 30 peratus keanggotaan wanita dalam lembaga pengarah.

Walau bagaimanapun, beliau memaklumkan masih terdapat lapan buah syarikat yang belum mempunyai wakil wanita dalam lembaga pengarah.

Sehubungan itu, kerajaan akan memastikan Suruhanjaya Sekuriti mempertingkat usaha untuk mendorong lebih ramai wanita menyertai tadbir urus korporat negara.

Dalam usaha menyokong keluarga dan wanita bekerja, kerajaan turut mengumumkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 bagi perbelanjaan di pusat jagaan harian atau pusat transit berdaftar untuk anak berumur sehingga 12 tahun, berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2026.

“Sebelum ini kerajaan memberikan pelepasan cukai ke atas perbelanjaan yuran taman asuhan atau taman didikan kanak-kanak yang berumur sehingga 6 tahun.

“Selain itu, kerajaan juga akan membela nasib 5,000 ibu tunggal miskin yang memerlukan bantuan guaman bagi penyelesaian kes-kes mahkamah seperti perceraian dan hak penjagaan anak,” kata Perdana Menteri.

Dalam pada itu, prestasi cemerlang Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) turut mendapat perhatian apabila kadar bayaran balik pinjaman mencapai 99.97 peratus.

“AIM disediakan RM230 juta untuk terus menawarkan pembiayaan dan ini menjadikan dana AIM yang tersedia berjumlah RM2.9 bilion untuk manfaat lebih 300,000 sahabat usahawan.

“Sementara itu, Bank Rakyat, BSN, MARA dan SME Bank menyediakan pembiayaan RM270 juta bagi menyokong usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) wanita,” katanya.

Related Posts

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai laporan audit Tabung Haji (TH) perlu diperjelaskan secara menyeluruh bagi mengelakkan kekeliruan dan manipulasi politik berhubung penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), kata Datuk Dr Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling