Belanjawan 2026: Perbelanjaan kesihatan awam perlu dinaikkan kepada 5 peratus

PUTRAJAYA – Kerajaan MADANI disarankan untuk meningkatkan perbelanjaan kesihatan awam daripada 2.4 peratus kepada lima peratus daripada Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK), menerusi Belanjawan 2026.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr Thirunaukarasu Rajoo  berkata, kaedah terbabit merupakan salah satu pelaburan jangka masa panjang bagi sistem kesihatan di Malaysia.

Bagi merealisasikan cadangan itu, menurut beliau, pihaknya mencadangkan agar subsidi gula dimansuhkan dan cukai gula diperluas kepada minuman bergula, dengan hasilnya diperuntukkan khusus untuk kegunaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

“Hasil tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, kadar diabetes di negara telah mencapai tahap bahaya dan berisiko meningkat daripada 3.9 juta pada 2019 kepada 7 juta orang pada 2025.

“Justeru, langkah ini bukan sahaja mengurangkan pengambilan yang tidak sihat, malah menyalurkan sumber secara langsung untuk memperkukuh sektor penjagaan kesihatan negara,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Dalam pada itu, Dr Thirunaukarasu berpandangan, perkara utama yang menjadi keperluan mendesak menerusi Belanjawan 2026 adalah menangani masalah kekurangan tenaga pekerja dan isu dalam mengekalkan petugas dalam sektor kesihatan awam.

Jelasnya, suatu dasar yang baik jika dipraktikkan secara holistik sekalipun tidak akan dapat dilaksana secara baik tanpa tenaga kerja.

‘MMA turut menyeru kerajaan menyerap semua doktor kontrak ke jawatan tetap dan meningkatkan elaun bertugas serta mewujudkan papan pemuka untuk memantau pengagihan tenaga kerja dan fasiliti kesihatan.

“Kita mengalu-alukan komitment kerajaan untuk menghapuskan sistem kontrak dan menggesa agar semua doktor kontrak diserap selain sokongan penuh diberikan kepada latihan pascasiswazah menerusi sama ada laluan sarjana atau parallel pathways.

“Elaun bertugas doktor masih ketinggalan pada RM9.16 sejam, dan MMA mencadangkan kenaikan kepada RM25 sejam bagi mencerminkan beban kerja, tanggungjawab, dan pengorbanan mereka,” katanya.

Bagi digitalisasi dan pencegahan penyakit, beliau mencadangkan standard rekod pesakit ditambah baik menerusi MySejahtera, serta saringan NCD di klinik swasta dan penglibatan Pengamal Perubatan Am (GP) swasta dalam program imunisasi dan saringan kesihatan.

“Belanjawan harus membiayai saringan pencegahan di klinik swasta dan menghapuskan jurang yuran rujukan antara GP dan klinik kerajaan untuk meningkatkan akses selain kerjasama awam-swasta diperluas bagi memperkukuh kesinambungan penjagaan,” katanya.

Sementara itu, Dr Thirunaukarasu memaklumkan, penjagaan warga emas turut menjadi fokus, termasuk pelaburan perkhidmatan rumah, tambah pakar geriatrik, fasiliti mesra warga emas, serta sokongan subsidi dan insurans mikro.

“Kami menggesa pelaburan lebih besar bagi perkhidmatan rumah penjagaan untuk memastikan warga emas kekal sihat dalam komuniti mereka, mengurangkan kemasukan yang tidak perlu ke hospital.

“Kita memerlukan lebih banyak pakar geriatrik, pakar penjagaan paliatif dan profesional kesihatan bersekutu, manakala hospital dan klinilk dinaik taraf dengan kemudahan mesra warga emas.

“MMA juga mencadangkan insentif kepada hospital swasta bagi meminjamkan peralatan diagnostik selepas waktu pejabat dan memformalkan integrasi kluster doktor am-klinik kesihatan-hospital, dengan merujuk kejayaan kerjasama ketika pandemik lepas,” katanya.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung