{"source_type":"vicut","data":{"client_key":"aw889s25wozf8s7e","source_type":"vicut","source_platform":"mobile_2","appVersion":"19.9.0","enterFrom":"new_image","os":"android","product":"vicut","editType":"image_edit","region":"MY","picture_id":"JBFXLVX1-7NNN-AVB7-GBZ6-2DN5UKV0EA3K","pictureId":"JBFXLVX1-7NNN-AVB7-GBZ6-2DN5UKV0EA3K","capability_name":"capcut_photo_editor"},"tiktok_developers_3p_anchor_params":"{"client_key":"aw889s25wozf8s7e","source_type":"vicut","source_platform":"mobile_2","appVersion":"19.9.0","enterFrom":"new_image","os":"android","product":"vicut","editType":"image_edit","region":"MY","picture_id":"JBFXLVX1-7NNN-AVB7-GBZ6-2DN5UKV0EA3K","pictureId":"JBFXLVX1-7NNN-AVB7-GBZ6-2DN5UKV0EA3K","capability_name":"capcut_photo_editor"}"}
TAWAU – Orang ramai disaran menyimpan sejumlah wang tunai sebagai langkah persediaan sekiranya berlaku gangguan sistem digital susulan ancaman serangan siber yang berpotensi menjejaskan urusan kewangan dan kehidupan harian.
Naib III Pengerusi MPN PKR Sabah merangkap Ketua Cabang PKR Tawau, Fung Thin Yein berkata, masyarakat perlu meningkatkan kesedaran keselamatan siber dan membuat persediaan asas tanpa mencetuskan panik.
“Jika sistem pembayaran atau logistik terganggu, urusan kewangan dan penghantaran barangan keperluan boleh terjejas.
“Sebab itu, keselamatan siber bukan sekadar isu teknologi, tetapi turut berkait dengan kestabilan ekonomi dan kehidupan rakyat,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Fung juga menasihati agar masyarakat menyediakan bekalan makanan asas untuk beberapa hari serta mengikuti maklumat daripada saluran rasmi kerajaan.
“Ancaman serangan siber bukan sahaja boleh mengganggu sistem perbankan dan transaksi digital, malah berpotensi menjejaskan rantaian bekalan makanan serta urusan harian rakyat sekiranya berlaku gangguan berskala besar.
“Bersedia itu bijak, tetapi jangan panik. Elakkan pembelian berlebihan dan penyebaran maklumat tidak sahih.
“Kesiapsiagaan rakyat perlu seiring dengan usaha kerajaan dan sektor swasta memperkukuh keselamatan sistem digital negara,” jelasnya.



