Tak wajar majlis rasmi kerajaan hidang arak, kata Mufti Pahang

KUANTAN – Penyajian arak dalam mana-mana majlis rasmi kerajaan adalah tindakan tidak wajar dan bercanggah dengan syariat Islam serta nilai dipegang majoriti rakyat Malaysia.

Mufti Pahang, Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim berkata, sekiranya benar berlaku majlis kerajaan menghidangkan arak, perkara itu amat mengecewakan kerana bertentangan dengan syariat dan pegangan Islam serta konsep Islam MADANI dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pada hemat saya, penyajian arak dalam majlis rasmi kerajaan adalah tidak wajar dan tidak boleh diterima… tidak kira sama ada dibiayai menggunakan dana kerajaan atau ditaja pihak industri.

“Penganjuran majlis seperti itu pada hakikatnya menyusahkan banyak pihak dan para kakitangan awam Islam yang bertugas terpaksa menguruskan minuman haram,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan, walaupun mungkin majlis berkenaan ‘bersifat antarabangsa’ atau melibatkan tetamu bukan Islam, namun kerajaan perlu bijak dalam menjaga sensitiviti agama dan imej sebagai pemerintah di negara majoriti Islam.

“Tindakan seperti ini boleh menimbulkan kekecewaan rakyat dan membuka ruang kepada polemik yang merugikan,” jelasnya.

Asmadi menambah, Muslim yang bertakwa wajib menjauhkan diri daripada menghadiri majlis-majlis seumpama ini apatah lagi jika diadakan dalam negara ini tanpa sebarang keperluan.

“Sebagaimana Firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah ayat 90… (secara terang) memerintakan umatnya supaya menjauhi najis arak ini.

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah kotor dari perbuatan syaitan.

“Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya,” katanya memetik maksud ayat tersebut.

Beliau menegaskan budaya luar negara tidak boleh dijadikan alasan atau justifikasi dengan isu ini.

Menurutnya, walaupun pemimpin negara dijemput menghadiri mesyuarat atau taklimat di luar negara yang menghidangkan minuman keras, mereka tetap terikat dengan prinsip agama Islam.

Related Posts

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

RAUB – Pahang mempunyai kekuatan untuk muncul sebagai peneraju sektor pertanian negara apabila menjadi penyumbang kedua terbesar sektor berkenaan pada 2024 dengan nilai pengeluaran melebihi RM25 bilion. Menteri Besar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

MUKAH – Keunikan seni budaya bertindak sebagai ejen penyatuan apabila lebih 500 pengunjung pelbagai latar belakang membanjiri Dewan Suarah Mukah bagi menjayakan Pesta Tarian Naga dan Tarian Singa 2026. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI