89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 109 101 108 97 119 97 116 32 80 97 115 97 114 32 82 97 121 97 32 69 107 111 110 111 109 105 32 82 97 107 121 97 116 32 100 97 110 32 109 101 110 105 110 106 97 117 32 112 101 108 97 107 115 97 110 97 97 110 32 80 114 111 103 114 97 109 32 79 117 116 114 101 97 99 104 32 83 117 109 98 97 110 103 97 110 32 65 115 97 115 32 82 97 104 109 97 104 32 40 83
DI sebalik mulut lantang pemimpin Pas yang saban hari menjerit di pentas politik, hakikatnya rakyat di negeri-negeri SG4 Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis tetap menadah tangan menerima bantuan daripada Kerajaan MADANI yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Fakta terbaharu membuktikan bahawa kadar penebusan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 di empat negeri pembangkang adalah antara yang tertinggi di seluruh negara. Lebih ironinya, rakyat yang setiap kali pilihan raya mengundi Pas dan PN, rupanya paling bergantung kepada inisiatif Kerajaan Pusat untuk meneruskan hidup.
Hipokrasi Pas terbongkar
Pemimpin Pas seperti Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hanya tahu melontar sindiran politik murahan, manakala Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pula tidak pernah penat menjerit isu royalti.
Namun, apabila bercakap soal kelangsungan hidup rakyat siapa yang tampil membantu? Bukan kerajaan negeri Pas, tetapi Anwar yang menggerakkan bantuan tunai dan subsidi bagi menampung beban sara hidup rakyat.
Ini bukti jelas bahawa di bawah pentadbiran Pas, rakyat SG4 hanya dijadikan alat politik suara mereka diguna untuk menekan Pusat, tetapi kebajikan mereka tetap ditanggung Kerajaan Persekutuan.
Pas gagal urus, Anwar yang menyelamatkan
Hampir 13 juta rakyat Malaysia telah menebus bantuan SARA dengan jumlah perbelanjaan mencecah RM1 bilion.
Di Sabah, 98 peratus penerima menggunakan bantuan itu; di Labuan, 65 peratus sudah menebus. Angka ini menunjukkan keberkesanan dasar MADANI.
Namun, apa yang Pas lakukan? Tidak ada inisiatif besar daripada kerajaan negeri mereka.
Hanya bergantung pada sentimen agama dan retorik ‘Islamik’ tanpa solusi ekonomi.
Hakikatnya, rakyat mereka hidup dengan bantuan daripada kerajaan yang mereka cerca setiap hari.
Dakyah Pas terkubur
Pas sebelum ini cuba meniup fitnah kononnya bantuan pusat hanya menguntungkan kedai bukan Melayu.
Fakta terbaharu mendedahkan sebaliknya lebih 8,100 kedai runcit di seluruh negara, termasuk kedai Melayu di SG4, kini menikmati jualan lebih kukuh hasil peningkatan kuasa beli penerima SARA.
Di mana wajah pemimpin Pas yang menabur fitnah? Rakyat sudah nampak bahawa propaganda mereka hanyalah usaha menutup kelemahan pentadbiran sendiri.
Pas gagal membuktikan mereka mampu mentadbir. Mereka hanya pandai menjerit, tetapi akhirnya terpaksa bergantung pada Kerajaan MADANI untuk menyelamatkan rakyat di negeri mereka.
Hipokrasi ini semakin jelas. Tanpa Anwar, rakyat di negeri Pas terus terhimpit. Dengan Anwar, mereka mampu meneruskan kehidupan.
Soalnya, sampai bila rakyat SG4 mahu terus diperbodohkan dengan retorik kosong Pas?



