Projek Jalan Serusop-Pinturu bernilai RM465 juta dijangka siap 2028

TUARAN – Pembinaan projek Jalan Serusop-Pinturu bernilai RM465 juta yang bermula 20 Januari tahun ini dijangka siap sepenuhnya pada 19 Julai 2028, sekali gus bakal memperkukuh jaringan pengangkutan antara Tuaran dan Kota Belud.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, projek sepanjang 20.8 kilometer di bawah Projek Lebuhraya Pan Borneo itu berjalan lebih awal daripada jadual.

“Jalan raya satu lorong dua hala yang menghubungkan Tuaran dan Kota Belud itu turut merangkumi pembinaan sebuah jambatan sepanjang 682 meter.

“Saya melawat tapak kerja hari ini dan gembira melihat kemajuannya yang lebih awal daripada jadual,” katanya selepas melawat salah satu bahagian jalan di Kampung Penimbawan, di sini, pada Rabu.

Semasa lawatan tapak, Hajiji menerima taklimat daripada Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Datuk Philemon Lajawai.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Shahelmey Yahya.

Related Posts

Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

TAWAU – Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud yang berlaku di Semenanjung Minahassa Sulawesi, Indonesia pukul 12.25 pagi tadi dirasai di beberapa kawasan Pantai Timur Sabah iaitu Kunak, Lahad Datu dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR boleh cipta lagi kejutan 2028

PKR boleh cipta lagi kejutan 2028

‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?