PKR boleh cipta lagi kejutan 2028

AYER KEROH –  PKR mampu mencipta satu lagi kejutan politik pada 2028 berdasarkan sejarah perjuangan parti itu yang menyaksikan perubahan besar berlaku dalam tempoh setiap 10 tahun.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, sejarah menunjukkan PKR bermula dengan gerakan Reformasi pada 1998 sebelum mencipta kejutan politik pada 2008 dan seterusnya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada 2018.

Beliau menjelaskan, tidak mustahil parti itu mampu mencipta kejutan sekali lagi pada 2028 sekiranya mengambil pengajaran daripada kekalahan pilihan raya sebelum ini dan memperbaiki kelemahan yang ada.

“Belajar daripada kekalahan yang terakhir, perbaiki yang itu dan insya-Allah saya yakin kita dapat terus mencipta kejayaan. Keadilan ini sejarahnya setiap 10 tahun sekali akan mencipta kejutan. Kita bermula pada 1998, 10 tahun kemudian, 2008, pertama kali kita menafikan majoriti dua pertiga UMNO dan Barisan Nasional (BN)

“Sepuluh tahun kemudian, 2018, atas nama Keadilan itu kita berjaya menumbangkan UMNO dan BN. Sepuluh tahun kemudian, mungkin 2028, kita akan mampu mencipta satu lagi kejutan,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), pada Ahad.

Mengulas lanjut, Muhammad Kamil berkata, bagi merealisasikan perkara itu, jentera parti perlu mula mempersiapkan diri kerana pilihan raya akan datang semakin hampir.

Menurut beliau, pandangan dan teguran daripada perwakilan juga perlu diterjemahkan kepada tindakan bagi memperbaiki kelemahan parti, khususnya selepas keputusan pilihan raya terbaharu.

“InsyaAllah pimpinan akan dengar. Saya yakin pimpinan akan dengar, Presiden akan dengar dan lakukan perubahan.

“Kita di bawah ini, jentera yang bergerak di atas bumi ini, kita juga perlu pastikan bahawa jentera kita di bawah ini bersedia kerana pilihan raya yang akan datang itu tak lama dah,” katanya.

Mengulas cabaran mendapatkan semula sokongan rakyat, beliau berkata, prestasi pentadbiran kerajaan yang baik sahaja belum mencukupi sekiranya ia tidak diterjemahkan kepada keyakinan pengundi di peti undi.

Katanya, parti perlu membezakan antara keupayaan mentadbir dengan kemampuan memimpin kerana kedua-duanya merupakan perkara berbeza.

“Kita boleh mentadbir dengan baik tetapi rakyat telah menghantar kita isyarat yang jelas.

“Alhamdulillah, kita dapat lihat respons ataupun maklum balas daripada rakyat tentang prestasi pentadbiran Kerajaan Madani hari ini sangat baik,” katanya

Related Posts

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KEMAMAN- Bunyi geseran pasir pada dinding sebuah rumah membawa kepada penemuan seekor penyu yang dipercayai daripada spesies penyu agar di Kampung Geliga, dekat sini. Memetik sumber Sinar Harian, kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

REALITI memimpin Malaysia ketika ini tidak sama dengan gambaran perjuangan Reformasi yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kerajaan hari ini merupakan kerajaan campuran yang memerlukan rundingan dengan pelbagai parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX